Pages

Monday, May 31, 2010

Jom Tiger Show

Apa itu tiger show, kalau nak tahu lebih lanjut apa kata kita tengok kat TX2. Kat sini anda bolehlah undi yang mana satu pilihan anda.

Apa itu tiger show? Ianya salah satu daripada inisiatif WWF (World Wide Fund for Nature) untuk mengandakan jumlah harimau malaya. by the way, ianya kempen bagi memilih Duta Harimau TX2 (TX2 Tiger Ambassador).

Siapakah yang bakal menjadi duta harimau ini. Calon-calonnya adalah:
  • Aishah Sinclair
  • Jeremy Teo
  • Mooky
  • Rina Omar
  • Sazzy Falak
So apa lagi jangan lupa untuk vote.

Hari Tanpa Tembakau Sedunia, 31 Mei 2010: Wanita dan Rokok


Credit: smokedeter

Hari ini, 31 May 2010, adalah hari tanpa tembakau sedunia. So hari ni nak kongsi mengenai fenomena / trend rokok oleh wanita. Actually tak kisah le bagi pandangan saya, merokok tidak baik untuk kesihatan bagi kaum lelaki ataupun pompuan.

Tapi rasanya merokok sekarang sudah menjadi perkara biasa bagi kaun hawa. Apasal diaorang merokok ya?
  • Pandangan yang mengatakan merokok ni dapat mengurangkan berat badan ataupun senang citer kurus le. Hmmmmm memang tak betul, ya ke?

  • Peranan syarikat rokok iaitu, buat rokok yang macam nampak feminine, i.e. colour pink, perasa cherry ps tu rokok jenis slim (betul ke, ada dengar dalam berita24)

  • Kan lelaki dan pompuan tu sama, sebab tu le diaorang tak nak ada perbezaan

Cukuplah tiga, anda boleh tambah lagi. Anyway sempenan hari tanpa tembakau sedunia, apa kata yang merokok tu, berhentilah even untuk satu hari dan yang tak merokok apa kata suruh yang merokok tu tak hisap benda alah tu hari ini.


Mana Semua Benda-Benda Ni????

Sekarang ni benda-benda baru cepat aja keluar kan. Maklumlah semakin canggih, macam ada smartphones, iPad, blueray dan macam-macam lagi. Tapi sebelum tu kan kita guna benda2 yang tak kurang juga hebatnya di zaman tersebut. Contohnya mesin taip ataupun typewriter. Hmmm, rasanya ada yang tak pernah tengok benda alah ni. Ianya untuk mengelakkan kita tulis tangan le. Tapi sekarang orang dah guna komputer. Masih ada lagi ke orang guna benda alah ni.

Yang ni satu lagi disket untuk menyimpan data komputer. Hmmm kapasitinya memang terhad, hmmm kalau nak simpan benda-benda yang besar tak muat le. Tapi sekarang dah ada, thumbdrive, paling kurang pun rasanya 2 gig kot. harganya pun murah dan boleh simpan macam2 kat dalam tu.

Ini kalau nak tahu kaset yang kita dengar lagu. Rasanya benda alah ni masih ramai yang gunakan. tapi kebanyakkan oraang dah guna cd kan. tapi yang benci kalau tali tu putus ke or tersangkut tension kan.
Ini cuba teka benda alah apa. inilah yang dinamakan VCR, alah untuk kita tengok movies. so kalau dah habis tengok kenalah rewind kan. tak macam dvd or vcd sekarang tak perlu rewind, just pilih aja mana kita nak tengok.

Apa-apa pun macam manusia le kalau yang lama-lama tu jangan kita lupakan.

Sunday, May 30, 2010

Sinopsis / Ringkasan Cerita 2 Alam (Dr. Rozmey)


Pernah tak anda tengok iklan di dalam akhbar terutamanya Kosmo yang menayangkan temuramah dengan hasil karya sulung dR. Movie Production, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din. Filem ini mensasarkan kutipan RM20 juta. Sama ada ianya dapat dicecah atau tidak kita saksikan nanti, by the way, sebelum ini target mereka adalah RM12 juta. Ikuti sinopsis cerita ini.

Kutipan Filem Melayu (2000-2008: sumber-FBR)

1. Lagi - Lagi Senario - RM6.33 juta
2. Jangan Pandang Belakang - RM5.78 juta
3. Cicakman - RM5.15 juta
4. Duyung - RM4.7 juta
5. Senario The Movie : Episode 1 - RM4.6 juta
6. Evolusi KL Drift - RM4.5 juta
7. Congkak - RM4.5 juta
8. Gerak Khas The Movie - RM4.4 juta
9. Senario Lagi - RM4.37 juta
10. Cinta Kolestrol - RM3.82 juta

Filem terbitan DR Movie Production, 2 Alam akan mengajak penonton kembali merenung diri, kenal diri, kenal Pencipta, kenal dunia yang hanya sementara, siapapun kita, hakikatnya kita adalah manusia.

Filem bergenre seram ini memaparkan kejelekkan sifat manusia yang lupa diri menggunakan ilmu yang dituntut, agama yang dianuti untuk kemahuan diri, mengikut tuntutan hawa nafsu melakukan perkara keji, jelek hanya kerana tuntutan nafsu duniawi.

Akibat gagal mengawal diri, ilmu tinggi yang dituntut tidak mampu menjadikan Amy lakonan Suhaila Salam manusia yang berguna lantas menjadi anak derhaka.

Amy menjadi umat yang mensia-siakan diri. Bukan hanya Amy, malah dia mencalitkan dosa dan noda kepada rakan-rakan dan sesiapa yang mendampinginya.

Lantas dunia adalah segala-gala baginya, walaupun pasti masuk neraka. Tiada beza bagi Amy kerana merasakan dunia dia yang punya.

Akibat dosa yang terpalit, rahsia terbongkar, maruah diri dihina. Amy menjadi tuan pada diri, menjadi hakim pada diri, ambil nyawa sendiri dengan membunuh diri.

Itulah sedikit sebanyak mengenai citer ini. Filem hasil karya dR. Rozmey, baru sahaja mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan menemui peminat tidak lama lagi. Sebelum ini ianya dijangka pada 27 Mei 2010 tapi tak dapat ditayangkan oleh sebab-sebab yang tertentu. Untuk sinopsis (credit: anizyn)

Lirik Lagu: RSVP Maulana AF8 (Biodata)

RSVP

Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan…
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya

Tapi di dalam realiti belum pasti
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah
Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk

Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu (2 kali)

Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran (2 kali)

Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu


BIODATA

Nama Penuh: Muhd Firdaus Maulana B. Mohamed

Tarikh Lahir: 23 Januari 1988

Tempat Lahir: Johor Bahru

Umur : 22 tahun

Jantina: Lelaki

Bangsa : Melayu

Agama: Islam

Tinggi : 173cm Berat : 64kg

Status Perkahwinan: Bujang

Pekerjaan: Pelajar (Iajazah Sarjana Muda Graphic Design UiTM)

Pendidikan Tertinggi: Diploma

Adik Beradik: 6 orang (ke-5)

Hobi: Bermain gitar, cipta lagu, designing dan menyanyi.

Gambar Peribadi: Periang, suka buat lawak, sakat orang, kadang-kadang panas baran.

Segmen Kenali Blogger: Eyriqazz@Great Teacher Onizuka

Sebut aja eyriqazz@Great Teacher Onizuka, rasanya kebanyakan daripada bloggers memang kenal beliau. Sebelum ni guna blogspot tetapi sudah diupgrade kepada domain sendiri. Memang satu pembaharuan dan image lagi gempak. Yalah banyak bezakan eyriqazz.blogspot.com dengan eyriqazz.com.Anyway, berdasarkan profile. eyriqazz adalah seorang suami, ayah dan seorang part-time blogger. Sangat meminati Takashi Sorimachi (Eikichi Onizuka)

Berdasarkan entries kat blog beliau, first entry adalah dibuat pada 23 April 2003, dah lama ni lebih dari 7 tahun. so memang eyriqazz dah lama berblogging. Nukilan pertama beliau adalah bertajuk "waikiki". Apa benda tu? Hmmmm ikutkan wikipedia waikiki tu ialah "a neighborhood of Honululu".

By the way, tulisannya berkisarkan peribadi yang mana beliau bermain bola dan malam tu nak tengok match real madrid dengan manchester united. macam karangan pulak entry pertama tu. Seterusnya dalam tahun 2004 hingga 2008, entries beliau tak sampai pun 10 setahun dan beliau mula bergiat aktif dengan dunia blog ni pada tahun 2009.


Entry beliau sangat pelbagai, mengenai artis, blogging tips, isu semasa, personal dan yang paling unik mengenai beliau adalah contest. Ada aja contest, mesti beliau masuk dan ianya tak sia-sia. Tengok kat atas tu hadiah handphone samsung corby dan television/astro byond.


Bukan itu saja, tengok ni contest yang beliau menang; barangan adidas, tiket sunway lagoon, ski dan macam-macam lagi. Tapi yang bagusnya bila beliau menang, eyriqazz tak kedekut untuk share dengan bloggers lain dengan menganjurkan contest untuk visitors beliau.

Yang ni adalah hadiah from digi, actually disebabkan contest ni le saya memula buat blog secara aktif dan saya pun menang juga benda alah ni. Kiranya teruja dengan blog beliau yang menyebabkan saya juga minat sama berblogging sehingga le sekarang.

Ni adalah gambar puteri beliau, alisya. So macam-macam ada kat blog beliau. By the way, blog eyriqazz ni sudah mempunyai 900++ followers. memang ramai kan dan pengunjung beliau lebih 500 sehari dan pernah cecah 3,000++.

Saturday, May 29, 2010

Keputusan Penuh (Full Results) TM Liga Super (Super League): 29 Mei 2010


Jom kita tengok result bola sepak, Keputusan Penuh TM Liga Super yang telah berlangsung pada hari ini, 29 Mei 2010. Before that, sorry pada peminat Selangor dan Perlis sebab gambar kat atas tak nampak keputusan bagi perlawanan tersebut. Anyway ni ialah result (yang bold tu menang ya):
  • Selangor 2-0 Perlis
  • Negeri Sembilan 3-1 Johor
  • Kuala Lumpur 1-1 Terengganu
  • KL Plus 1-2 Pahang
  • Pulau Pinang 1-3 Kelantan
  • T-Team 2-2 Kedah
  • Johor FC 1-0 Perak
Nampaknya Selangor dan Kelantan masing-masing menang perlawanan malam ini. So sekarang ni mereka telah bermain 19 perlawanan dengan mata sebanyak 50 dan 42. Perbezaannya adalah 8 mata. So masih ada lagi 7 perlawanan bagi menentukan siapakah juara liga super tahun ini.

Tempat ketiga sekarang disandang oleh Terengganu yang mengutip 37 mata setelah seri dengan Kuala Lumpur 1-1 di tempat lawan.

Ben Ashaari Tulis 20 Entry Sehari??

Kenal tak anda dengan ben ashaari? rasanya ramai bloggers yang kenal dengan beliau. memang sungguh actually sangat aktif dalam dunia blogging ni. Banyak yang saya dengar, bila beliau terjah ke sesuatu blog, trafik naik terus. bukannya sikit tapi banyak. nak tahu apa rahsianya? saya tak tahu tapi rasanya dengan jumlah penulisan yang dibuat setiap hari.

rasanya at least setiap jam beliau tulis. hmmmm maybe 20 entries sehari. bagi beliau daripada buat benda-benda tak berfaedah baik menulis. tak perlu panjang sangat paling panjang 10 minit. apa komen anda yang pernah melawat blog beliau ke, pernah diterjah ke, kongsi le apa-apa yang patut.

Jom Pi Rasamas Carrefour Wangsa Maju

Lunch ni kita tengok menu apa untuk makan sedap juga kan. Anyway hari tu pi makan kat Rasamas Carrefour Wangsa Maju. Ni bukannya chicken chop tapi primeroast steak ayam. Kiranya ayam tu diaorang grill le kot.

Ambil sos black pepper, memang not bad tapi sosnya masin sedikit. Yang fries tu ok mmeang garing dan ditabur dengan apa benda ya, hmmmm macam serbuk cili tapi taste nice dan coleslaw tu pun ok gak. Harganya RM10.40 dan rating untuk meal ni saya bagi 8.3 out of 10.

Yang ni siapa tak kenal kan, nasi lemak le. Memang simple dan oklah, nasinya rasa pandan2 sikit dan kuahnya masam2 sikit. Hmmmmm, harganya RM3.70 ratingnya just 7.4 out of 10.

Naik Train 20 Sen Aja, Jom Taman Tasik Perdana (Lake Gardens), Kuala Lumpur

Semalam cuti kan sempena Hari Wesak, so kitaorang sekeluarga lepak kat Taman Tasik Perdana (Lake Gardens), Kuala Lumpur. Sampai kat sana lebih kurang pukul 8.00 pagi, memang ramai orang, nasib baik ada parking (kereta keluar).

Kat sini ada dua tempat permainan kanak-kanak (playgrounds), yang dekat bulatan tu memang ramai sebab kat sana semua orang parking, yang satu lagi tak ramai.

Ada gak air pancut (fountain) kat situ, so masa tu dah panas, so paksa guna Danish dan Afiqah bergambar. Anyway Danish tak berapa sihat batuk aja, nasib baik exam pertengahan tahun dah habis hari khamis lepas.

Hmmm posing dalam kerangka kereta ni. Memang happy sangat Danish, konon-kononnya dapat bawa kereta sendiri le, bagi chance le drive car kan.

Afiqah biasalah pantang tengok swing nak main aja. Tak kisahlah janji happy kan. Hmmmm mak bapa pun tumpang sama, tapi be careful kan tak pasal-pasal kena halau kat guard kat situ.

Kat playground tu ada gak diaorang letak "fantasy planet", hmmm yang ni reading's corner, ada story le, tapi tak sure berapa orang baca benda alah ni. Tapi it is ok, nak galakkan budak2 baca kan, kat mana-mana pun boleh.

Yang ni memang seronok, "pedal boat", alah yang kita kayuh dengan kaki tu. Memang murah hanya RM3.00 aja untuk setengah jam untuk satu boat tu. Ingat untuk dua dewasa aja satu bot tu tapi kalau yang macam kitaorang just nice le, sebab 2 adults dan 2 kids.

Mula-mula Danish tak nak naik so paksa juga naik, cakap kat dia, lepas naik naanti kita balik then boleh main komputer. Tapi lepas naik dia seronok pulak, so tanyalah apasal takut naik, then dia jawap, ingatkan tak pakai jaket, kalau ada benda alah tu OK le.

Afiqah macam biasalah adventurous ok aja. So dia cakap lain kali kitaa naik lagi ya. No problem, girl.

Ni kitaorang naik shuttle (syatel), alah kereta yang ada "gerabak" macam train tu. yang ni diaorang pusing satu taman, memang enjoy juga boleh tengok pemandangan selepas penat berjalan-jalan kan, ianya lebih kurang 10 minit++.

Afiqah siap nyanyi, hop, hop, hop, jump, jump, jump, happy one rabbit, one two three four five, six seven eight nine ten, ten happy one rabbit, run, rabbit run, run, run......(entahlah just type afiqah nyanyi, anyway, ni colour pink requested by Afiqah, dia cakap senang sikit)

So inilah benda yang saya nak cakap mengenai tajuk di atas tu. Naik syatel ni memang cukup-cukup murah, just imagine, untuk dewasa 50 sen then untuk kanak-kanak hanyalah 2o sen aja. So satu family (2 dewasa 2 kanak-kanak) surprise, surprise RM1.40 aja. Hmmm, rasanya dengan tiket ni nak beli nasi lemak pun tak lepas kan.

So simpan le tiket-tiket ni untuk kenangan. So tengok tu naik pedal boat, RM3.00 untuk setengah jam, naik shuttle hanya 20 sen dan 50 sen untuk kanak-kanak dan dewasa. Mana nak dapat fees macam ni kan kat Kuala Lumpur.

By the way, syatel tu ada 10 tempat diaorang stop antaranya, rumah sampan, taman kancil, masjid negara dan taman orkid / taman burung. Anyway really had a good times together.

Lirik Lagu: Kenapa Daus AF8 (Biodata)

Jom layan lagu daripada Daus, pemenang ketiga akademi fantasia (AF8).

KENAPA

Tubuhku menggeletar…
Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Ku jatuh hati padamu…
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa? (ulang)

Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

BIODATA

Nama Penuh : Muhd Shahril Firdaus B. Eli

Tarikh Lahir: 25 Ogos 1988

Tempat Lahir: Hospital Umum Sarawak

Umur : 22 tahun

Jantina: Lelaki

Bangsa : Melayu

Agama: Islam

Tinggi : 166cm Berat : 57kg

Status Perkahwinan: Bujang

Pekerjaan: Menganggur

Pendidikan Tertinggi: Diploma (Akauntan)

Adik Beradik: 5 orang (Bongsu)

Hobi: Bermain alat muzik, menyanyi, menari dan kemas rumah

Gambar Peribadi: Periang, peramah, suka main muzik dan mudah difahami.

Friday, May 28, 2010

Lirik Lagu: Ku Ada Kamu Adira AF8 (Biodata)

Credit: Fajridil

Siapa tak kenal Adira, beliau telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan Akademi Fantasia (AF8). So just nak share lirik lagu yang dinyanyikan oleh beliau, Ku Ada Kamu

KU ADA KAMU

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

BIODATA / PROFILE

Nama Penuh : Siti Adira Bt. Suhaimi

Tarikh Lahir: 19 September 1991

Tempat Lahir: Hospital Ranau, Sabah

Umur : 19 tahun

Jantina: Perempuan

Bangsa : Kadazan / Dusun

Agama: Islam

Tinggi : 152cm Berat : 48kg

Status Perkahwinan: Bujang

Pekerjaan: Menganggur

Pendidikan Tertinggi: SPM

Adik Beradik: 8 orang (bongsu)

Hobi: Dengar radio, makan, tidur & berangan

Gambar Peribadi: Pendiam, pemalu, aktif, penyayang.

Afiqah Dah Ada Kucing Baru

Afiqah memang suka sangat dengan kucing. Entah mengapa saya pun tak tahu. Tak dapat bela kucing betul, teddy cat pun jadilah. Yang ni dia sendiri yang pilih, masa beli kat Jusco hari tu, biasalah pink kan her favourite colour. namanya? alamak, tak ada pulak nama. nanti suruh Afiqah bagi nama le.

Bolehlah temankan kucing lama beliau. Yang ni memang dah lama sangat tapi masih sayang even dah koyak sikit.

Petrol@Minyak Mungkin Naik 15 Sen Satu Liter???

ENTRY TERKINI 15 JULAI 2010 (MINYAK NAIK 16 JULAI)

Semua tahu kan sekarang ni petrol RON95 dijual dengan harga RM1.80 untuk satu liter. Article daripada malaysiandigest, yang memetik sumber reuters, melaporkan bahawa kerajaan mungkin akan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak 15 sen kepada RM1.95 sen pada tahun ini, 2010.

Cadangan tersebut telah dibuat dan dipersembahkan kepada public pada hari ini, 27 Mei 2010 bagi mengurangkan bajet defisit Malaysia yang mana berada pada 7 peratus daripada GDP 2009. Ianya merupakan kadar tertinggi dalam masa 20 tahun.

Di samping itu, mengikut cadangan yang dibuat, ianya juga akan menaikkan harga petrol sebanyak 20 sen pada tahun 2011 dan dua kali kenaikan sebanyak 20 sen setiap satu pada tahun 2012.

Anyway ini adalah dalam peringkat cadangan, dan kalau tak silap hari ini, ada sessi feedback di mana public boleh memberi pendapat / cadangan mengenai pengurangan subsidi yang berlansung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Thursday, May 27, 2010

Lirik Lagu: Kebahagiaan Dalam Perpisahan Shahir AF8 (Biodata)

Hmmmm juara AF8 sudah diketahui. So demamnya masih ada lagi kan. Anyway tinggal beberapa jam lagi nak balik kan bagi yang tengah bekerja, maklulah esok cuti so layan ajalah lagu daripada Shahir Akademi Fantasi (AF8), kebahagiaan dalam perpisahan.


KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..


BIODATA
Nama Sebenar : Ahmad Shahir B. Zawani

Tarikh Lahir: 5 September 1988

Tempat Lahir: Hospital Besar, Ipoh Perak

Umur : 21 tahun

Jantina: Lelaki

Bangsa : Melayu

Agama: Islam

Tinggi : 168cm Berat : 65kg

Status Perkahwinan: Bujang

Pekerjaan: Pelajar Pusat Asasi UIA

Pendidikan Tertinggi: Diploma (Kejuruteraan)

Adik Beradik: 5 orang (pertama)

Hobi: Merancang masa depan.

Gambar Peribadi: Senang percaya orang dan akhirnya senang tertipu & bertanggungjawab.

Sumber: http://anizyn.blogspot.com

Tima Kacih, Eyriqazz

Ni entry nak ucapkan terima kasih kepada eyriqazz. Sebab apa ya, hmmm apa lagi kalau bukan kerana telah meyumbangkan trafik ke blog saya ni le. Beliau even dah famous, tak lupa dengan kawan-kawan.

Semalam, beliau ada buat satu entry mengenai entry menarik hari ni, tak sangka pulak beliau memilih entry saya on pompuan, kat nombor satu pulak tu.

Anyway 19 unique visitors telah masuk ke blog ni, dan ianya hampir 10% daripada overall pelawat untuk semalam. So lain kali boleh buat lagi ya Onizuka.

Thanks, Automobile Association of Malaysia (AAM)

Semalam kul 10.45 malam, bila nak start kerete, bunyi tit, tit, tit. Hmmmm rasanya bateri le problem ni. Lagipun dah lebih 2 tahun bateri kereta tu tak tukar. Anyway nasib baik jadi member Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Then call le nombor breakdown.

Tak sampai beberapa deringan, diaorang pick up the phone then explain le the situation dan bagi nombor kereta untuk verification. So customer service tu cakap kena tunggu dalam masa 45 minit hingga 1 jam. Dalam masa yang dijanjikan sampailah 2 orang mekanik. Memang diaorang ni professional dan of course friendly. Memang confirm bateri dah weak.

Ni le sebahagian daripada breakdown service sheet. Memang tak faham benda alah ni tapi yang tahu bateri tu sangatlah lemah dan perlu ditukar.

So ni le harga maintenance free battery, RM280. So just nak share that:
  • Jadilah membership untuk menghadapi benda-benda macam ni. Tak kisahlah AAM ke Sahabat EON ke or apa-apa le. Manalah tahu kot2 bila jadi sesuatu kita tak le cemas kan, protection tu penting.
  • Kalau ada membership card ke, simpan dalam kereta, jangan le letak kat rumah.
  • Hmmm, nasib baik ATM ada di kawasan berdekatan so boleh withdraw duit, tapi kalau duit tak ada, boleh aja guna kad kredit (emergency boleh pakai!), kalau tak pun suruh diaorang ikut pi kat ATM berdekatan (pernah buat dulu masa kat PD, AAM juga sebab tak nak guna credit card).
  • Hmmmm apa lagi ya, apa kata anda tambah sikit sebanyak, kan sharing is power.

Ni senarai harga bateri AAM. Untuk harga yang terkini boleh check website or call le diaorang. So sekali lagi nak ucapkan terima kasih kepada AAM atas service yang baik.

Maintenance Free Battery

No Battery Model AAM Member Normal Price
Walk-in B' Down
1 NS 40ZL - MF 180.00 200.00 215.00
2 NS 60/L - MF 200.00 220.00 235.00
3 NS 70/L - MF 270.00 290.00 305.00
4 N70Z/L - MF 300.00 320.00 335.00
5 55D23L/R 273.00 293.00 308.00
6 DIN 55L/R - MF 280.00 300.00 315.00
7 DIN 66L - MF 310.00 330.00 345.00
8 DIN 88L - MF 460.00 480.00 495.00

Source: AAM

Wednesday, May 26, 2010

Jom Makan Kat Djendela Giant Kota Damansara

Ni nak share mengenai pengalaman makan kat djendela kat giant kota damansara. tempatnya not bad dengan environment dan juga susun atur kedai tu macam ada class. marketing kat luar pun menarik perhatian.

Hmmmm cendol ni memang sedap, even though simple aja. dengan manisnya, lemaknya memang cukup rasa, not more not less, saya rasa ianya lebih sedap daripada cendol wahab kat wangsa maju. ratingnya saya bagi 8.2 out of 10. kiranya 0.1 lebih sedap daripada pak wahab. anyway harganya ialah RM3.50 semangkuk.

Yang ni nasi goreng ayam, memang one of the favourite meals. tapi rasanya just OK, not really great, oleh itu saya bagi 7.8 ajalah, itupun sebab ayamnya yang berempah sedap. harganya RM7.50.

Siapa tak kenal dengan nasi goreng kampung kan? memang bolehlah nak makan, tak le sampai sedap sangat. ambil 7.7 ajalah. harganya RM6.50

Nak cuba mee goreng bolehlah cuba tapi tak dapatlah nak bagi A-, sekadar B+ bolehlah. so ratingnya sama aja dengan nasi goreng kampung. yang ni RM5.00

so secara kesimpulan, bolehlah try kat sini, kenalah cuba tempat yang lain kan. janganlah makan tempat yang sama sebab dalam dunia ni macam2 makanan ada, kalau kita tak cuba manalah kita tahu sedap ke tak kan?

Reader's Digest Trusted Brand 2010 (Jenama Yang Dipercayai) Di Malaysia

Jom kita tengok produk / jenama apa yang telah memenangi anugerah "Trusted Brand 2010: Reader's Digest". So sebelum tu nak juga tahu kan macam mana pemilihan yang telah dibuat? Ianya berdasarkan kajiselidik melalui questionnaires dan juga interview melalui telefon; orang dipilih secara rawak (random).

Memandangkan hasil kajian adalah berdasarkan kepada survey, anda nilailah sendiri sama ada produk / barangan tersebut adalah baik atau tak.

Jenama yang telah disenarai pendek (shortlisted) were ranked berdasarkan six qualitative criteria iaitu:
  • trustworthiness and credibility (kebolehpercayaan)
  • quality (kualiti)
  • value (nilai)
  • understanding of customer needs (memahami kehendak pengguna)
  • innovation (inovatif or pembaharuan)
  • social responsibility (tanggungjawab sosial)
Keputusan survey adalah seperti di bawah:

FINANCE (KEWANGAN)


Bank
  • Maybank
  • Public Bank
Credit Card Issuing Bank (Bank Pengeluar Kad Kredit)
  • Citibank
  • Maybank
Islamic Financial Services (Perkhidmatan Kewangan Islam)
  • Bank Islam
Insurance Company (Syarikat Insurans)
  • AIA
  • Great Eastern
  • Prudential
Investment Fund Company (Syarikat Dana Pelaburan)
  • Public Mutual
TELECOMMUNICATIONS (TELEKOMUNIKASI)

Phone Services: Fixed Line or mobile (Perkhidmatan Telefon (Talian tetap atau mudah alih)
  • Maxis
Internet Service Provider (Pembekal Perkhidmatan Internet)
  • Streamyx
SERVICES (PERKHIDMATAN)

Airline (Sistem Penerbangan)
  • Malaysia Airlines
Airfreight or Courier Service (Kargo Udara atau Perkhidmatan Kurier)
  • DHL
  • FedEx
  • Poslaju
Property Developer (Pemaju Hartanah)
  • Sime Darby Property
Government Department or Agency (Jabatan atau Agensi Kerajaan)
  • Jabatan Imigresen Malaysia
Hospital
  • Hospital Kuala Lumpur
University (Universiti)
  • Universiti Malaya
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Teknologi MARA
Family Restaurant (Restauran Keluarga)
  • KFC
  • McDonald's
  • Pizza Hut
Family Tourist Attraction (Tarikan Pelancongan Keluarga)
  • Genting Highlands
  • Langkawi
Petrol Station (Stesen Minyak)
  • Petronas
  • Shell
RETAIL (RUNCIT)

Electrical Appliance Store (Pusat Alatan Elektrik)
  • Senheng
HOUSEHOLD PRODUCTS (BARANGAN KEPERLUAN RUMAH)

Air Conditioner (Penghawa Dingin)

  • Panasonic
  • York
Refrigerator (Peti Sejuk)
  • Panasonic
Mattress (Tilam Spring)
  • Dreamland
  • Dunlopillo
Water Purifier (Penulen Air)
  • Amway
  • Diamond
  • Eiken
  • Panasonic
Floor & Wall Tiles (Lantai & Jubin)
  • White Horse
Paint (Cat)
  • ICI Dulux
  • Nippon Paint
Laundry Detergent (Bahan Cuci Laundri)
  • Dynamo
  • Fab
  • Top
CONSUMER ELECTRONICS (BARANGAN PENGGUNA ELEKTRONIK)

Flatscreen TV (TV Panel Skrin Nipis)

  • Panasonic
  • Samsung
  • Sony
Camera (Kamera)
  • Canon
  • Nikon
  • Sony
INFORMATION TECHNOLOGY (TEKNOLOGI MAKLUMAT)

Personal Computer: Desktop / Notebook (Komputer Peribadi)

  • Acer
  • Dell
  • HP
Multi-Function Printer / Copier (Pencetak Sebaguna)
  • Canon
  • HP
LUXURY & PERSONAL PRODUCT (PRODUK PERIBADI / MEWAH)

Car (Kereta)

  • Honda
  • Proton
  • Toyota
Tyre ( Tayar)
  • Dunlop
  • Goodyear
  • Michelin
Pen
  • Kilometrico
  • Parker
  • Pilot
Perfume (Pewangi)
  • Calvin Klein
  • Dior
  • Estee Lauder
  • Hugo Boss
Lingerie (Pakaian Dalam Wanita)
  • Triump
Children's Fashion (Pakaian Kanak-Kanak)
  • Kikilala
  • Kiko
FOOD & BEVERAGE (MAKANAN & MINUMAN)

Cooking Oil (Minyak Masak)

  • Buruh
  • Knife
  • Seri Murni
Seasoning Products (Produk Perasa)
  • Adabi
  • Ajinomoto
  • Maggi
Rice (Beras)
  • Jasmine
  • Jati
Milk (Susu)
  • Dutch Lady
Packet Drink (Minuman Bingkisan)
  • Yeo's
  • Dutch Lady
  • Nestle
HEALTH & PERSONAL CARE (KESIHATAN & PENJAGAAN PERIBADI)

Vitamins / Health Supplements (Vitamin / Produk Tambahan Kesihatan)

  • Amway Nutrilite
Hair Colour (Pewarna Rambut)
  • L'Oreal

Berapa Charge Keluar Tunai Guna Kad Kredit?

Mesti seronok kan siapa yang ada kad kredit, maklumlah macam ada class semacam aja bila beli guna kad. Yalah lepas tu cashier mintak signature kita kan. Tapi seronok-seronok juga bila datang bill mesti pening kepala especially yang guna credit card untuk berhutang.

Anyway selain daripada untuk membeli, ada juga guna kad kredit untuk membuat pengeluaran tunai. Alah macam kad ATM le, masuk kad pas tu tekan pin number then pilihlah berapa kita nak keluarkan.

Yang ni actually sangat bahaya sebab anda buat aja cash advance or cash withdrawal, anda akan dikenakan terus caj. Lain bank lain diaorang punya charge. Jom mari kita tengok beberapa bank.

Yang pertama ialah Bank Islam, setiap kali anda keluarkan duit daripada ATM, anda akan dicaj sebanyak 2.5% daripada nilai tunai atau RM12 (mana-mana yang lebih tinggi), itu kad ATM Bank Islam tapi kalau keluarkan kat bank lain, i.e. maybank, cajnya lebih tinggi iaitu 3% atau RM50 (yang mana lebih tinggi).

So kalau anda keluarkan RM1,000 kat ATM bank islam, cajnya ialah RM25 dan keluar kat ATM lain, cajnya ialah RM50. Memang banyak kan. Pas tu pulak kalau tak bayar within certain date, kenalah caj.

Bank kedua ialah maybank, charge yang anda kena bayar ialah 5% atau RM10 setiap transaksi, yang mana lebih tinggi. so dalam kes RM1,000 pengeluaran, anda kena bayar RM50. Hmmm lebih kurang bank islam tapi bank islam lebih murah jika withdraw kat own bank kan.

Yang ketiga ialah Citibank. Bank ni memang terkenal dengan kad kredit kan. sebut aja citibank orang mesti ingat credit card kan. Kat sini diaorang guna istilah cash advance, sama le tu. caj kena bayar ialah 5% (minimum RM20) dan 18% per annum kadar faedah harian. so maknanya faedah dikenakan terus bila anda keluar duit. So kalau setahun anda tak bayar yang anda keluarkan melalui ATM, so effective interest rate ialah 19.7% setahun. so bukannya 18%. memang banyak kan.


So last sekali, CIMB Bank, caj yang mereka kenakan ialah 5% atau minimum of RM15, yang mana satu lebih tinggi. So lebih kurang juga le, 5 peratus kan. tapi let say anda keluarkan RM100, kalau ikutkan 5% caj tersebut hanyalah RM5 tapi oleh kerana minima RM15 so anda kenalah bayar caj RM15. so RM15 daripada RM100 tu adalah 15% interest immediately charged.

Apa-apa pun, elakkan daripada "pinjam" duit melalui kad kredit sebab chargenya terlalu tinggi dan ianya dikenakan terus selepas anda buat pengeluaran. Jadilah pengguna yang bijak, berbelanja secara berhemah.

Satu lagi charge ni berdasarkan website bank tersebut dan ianya based on entry yang ditulis waktu ini. So nak tahu lebih lanjut kena check dengan bank tersebut.