Pages

Friday, April 30, 2010

Bagilah Saya RM400 Nuffnang

Hmmm bukak aja nuffnang tengok-tengok earnings dah hampir RM400. Earnings tersebut setelah 7 bulan bersama nuffnang. Kejap aja rasa masa berlalu kan. Di samping dapat berkongsi pengalaman, view mengenai sesuatu perkara dapatlah side income kan tapi rasa malas aja nak cashout. Tunggu le... entah bila nak click button tu.

Nak ucapkan terima kasih kepada pembaca semua kerana datang blog ni dan diharap anda dapat sedikit sebanyak faedah setelah membaca apa yang saya tulis kat sini. Ianya hanya pandangan peribadi mengenai sesuatu isu atau perkara. Kan sharing is power.

Hanis Zalikha Ucap Terima Kasih........

Sebelum ni Hanis Zalikha telah mengucapkan good luck kepada Bro Eyriqazz melalui tweeter. Hmmm tak sangka memang hanis ni memang cool orangnya dan rajin membalas message.

So saja aja nak try, tak sangka hanis telah membalas tweeterku. Beliau telah mengucapkan terima kasih di atas apa yang aku tulis semalam kot. Saja aja nak share. Saya akui memang beliau berkawan dengan siapa aja.

Kawan biar ramai, musuh jangan dicari kan.

Thursday, April 29, 2010

Hanis Zalikha..... Ada Orang Tak Suka, Mengapa???

Pagi tadi ada baca entry mengenai hanis zalikha wish good luck from eyriqazz. biasalah sekarang kan zaman teknologi, boleh guna tweeter, facebook, friendster dan macam-macam lagi untuk berhubung kan. Tak kisahlah dengan orang yang kita kenal ke tak kenal ke. kan dunia tanpa sempadan.

Sorry hanis gambar ni dicilok from your blog.

Anyway sambil tengok tweeter search le mengenai hanis zalikha ni. so ada sorang ni tulis mengenai beliau:

"Who the XXX is Hanis Zalikha? Masuk paper then comel sket terus ramai jantan menggatal.. ntah ape2 korang ni... hahaha..."

Begitulah message yang ditulis oleh beliau. Hmmmmm memang pendapat masing-masing kan, biasalah apa-apa yang kita buat, ada yang suka dan of course ada yang tak suka. kehidupan kan namanya...

hanis ni memang ramai peminat dan kalau nak tahu lebih lanjut pi le blog beliau. anyway beliau menggunakan blogspot pun ramai yang suka baca, entahlah mengapa.

Hidup Tanpa Handphone or Internet????

Hmmmm boleh dikatakan semua orang dah biasa dengan handphone dan internet. Boleh dikatakan setiap hari kita guna benda alah ni.

Yalah kalau nak telefon kita guna telefon bimbit le kan. Nak tanya khabar, nak hantar message, nak hantar gambar, nak dengar radio, nak ambil gambar dan macam-macam lagi kan.

Internet pulak, of course nak baca blog, nak tulis blog, nak hantar e-mail, nak tengok berita, nak surfing dan banyak lagi.

Tapi pernah tak kita terfikir apa jadi kalau dalam sehari kita tak guna salah satu daripada medium ini ataupun dua-dua tak ada suatu hari nanti. Apa agaknya terjadi kan? Hmmmm fikir jangan tak fikir......

Wednesday, April 28, 2010

Apa Gerabak Komuter Untuk Pompuan Aja?????

Sebelum nak citer panjang nak cakap gambar ni diambil from blog mineandalwaysbemine. Ianya mengenai coach komuter untuk pompuan sahaja. So lelaki tak bolehlah naik gerabak ni kecuali jika anda berumur 12 tahun.

Mengikut apa yang saya dapat info, ada tiga gerabak bagi setiap komuter ni so gerabak pink ni di tengah-tengah untuk kaum hawa aja. Satu lagi mengikut data, 60% daripada orang yang naik benda alah ni adalah wanita so sebab tu le diaorang buat macam tu.

Kalau itulah yang terbaik bagi mengelakkan benda-benda yang tak baik berlaku oklah. Tapi rasanya ramai yang tak setuju kot apasal nak buat diskriminasi, apa kata lepas ni buat gerabak untuk lelaki aja.

Macam mana ngan let say, suami isteri ke so bila naik kena pi gerabak yang berlainan ke. Hmmmm, entahlah maybe boleh kot suami-isteri tapi setahu saya kena asing le juga. rasanya kalau naik bas ke praktikal juga nak asingkan tempat duduk tapi bagi komuter rasanya tak berapa sesuai sangat. Tapi itu hanyalah pandangan saya aja. Apa pandangan anda, apa kata survey???

Lukisan Apa Ni???

Hari tu bila masuk bilik bacaan nampak gambar ni dilukis oleh Afiqah kat white board. Hmmm agak-agaknya apalah nak disampaikan ya.

Dia lukis kucing sebab memang suka sangat. Tak kisahlah tengok aja gambar cat memang happy aja. Entahlah apa yang comel sangat dengan kucing pun tak tahu. Tapi kat rumah tak ada le pulak nak pelihara kucing. Cukuplah dengan teddy cat cukup le.

Then dia lukis 4 ekor kucing maybe mengambarkan dalam family ada 4 orang, mummy, daddy, danish dan afiqah. Apa-apa pun, bagilah anak-anak express diaorang punya kreativiti.

Jom Makan Kek

Hari tu pi Carrefour Wangsa Maju, kebetulan hari tu ada promosi kek. Apa lagi beli le tiga slices. Entahlah apa nama kek tu pun tak tahu yang pasti rasa coklat ngan orange.


Memang murahkan, hanya RM2.00 sekeping ataupun RM5.90 untuk tiga keping. Actually macam-macam jenis kek ada. Kebanyakan tak tahu apa nama kek tu. Nampak memang cantik tapi rasa bolehlah tahan, tak le great, lagipun RM2.00 sekeping takkan nak harapkan rasa sedap-sedap sangat-sangat kan.

Ni macam coklat ada strawberry pulak kat atas. Afiqah memang suka sangat.

Yang ni orang pun ada strawberry. Nama entahlah biar saya bagi le, kek orang berstrawberry.

Ni macam mocha aja. Sapa yang suka kopi pahit-pahit sikit bolehlah cuba kek ni.

Yang ni macam cookies aja dan sebelah tu kek berlapis kot. Belasah aja.

Yang ni pun satu, apasal banyak jenis sangat kek yang aku tak tahu ni.

Ni macam cocunut aja colour putih tapi tak mungkin. Yang sebelah lagi bercolour-colour pulak.

Ni macam black forest aja.

Yang ni bagi nama kek pandan le. Apa-apa pun, bolehlah bagi rating overall 8.3, sebab murah dan rasanya ok le.

Tuesday, April 27, 2010

Ben Ashaari Hampir Mengatasi Redmummy????

Tadi baca satu entry kat ardinihumaira, memang cukup menarik, ianya mengenai benashaari hampir mengatasi ranking alexa redmummy? siapa itu ben ashaari? untuk mengetahui lanjut sila-silakan le anda jenguk kat blog beliau. banyak information yang anda boleh dapati.

Yang ni siapa lagi kalau tak redmumy. memang tak perlu diperkenalkan, beliau seorang yang berpengaruh dan of course peminat sangat ramai. memang sukakan merah. kalau boleh semua benda nak warna merah kan.

Then saya masuk website alexa, untuk mencari jawapannya. alexa mengukur tahap kepopularan sesuatu website ataupun blog. So mari kita tengok perbezaan, ben ashaari dan redmummy.


Mengikut alexa, blog ben ashaari.com adalah berada di ranking nombor 284,049 manakala redmummy.com berada di tangga 221,502. Itu adalah ranking di seluruh dunia.

Untuk kepopularan di Malaysia, redmummy mengatasi benashaari dengan 884 vs 977. Memang tak jauh sangat le tu kan. Apa-apa pun kedua-duanya berada di bawah 1,000.

Tapi kalau bab site linking redmummy telah mengatasi jauh benashaari iaitu 311 berbanding hanya 12.

Hati-Hati Dengan SMS Content Provider: 36545

Semalam topped-up credit for my mum's phone (Hotlink). Lepas tu nampaklah satu sms yang berbunyi:

"RM0.50. Some peoples money is merited and other peoples is inherited - Ogden Nash. Sender: 36545"

Apa yang anda dapat simpulkan mengenai sms di atas? Ianya sms yang dihantar oleh content provider (36545) dan dikenakan charge sebanyak RM0.50 setiap sms. Tengok dalam inbox, banyak gak sms yang dihantar, patutlah my mum said that cepat habis credit even tak buat panggilan.

So apa yang saya buat ialah, cuba google macam mana nak stop service tu tapi tak dapat information. Then pi le lowyat forum, readers kat sana suggest to call Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) or service provider (Maxis) untuk buat report.

Then call SKMM diaorang cakap suruh check dengan Maxis. Bila call maxis diaorang cakap type Stop ALL dan hantar kepada 36545. So buatlah apa yang disuruh lepas tu terimalah message ni:

"RM0.00 . Your subscription to all services has been terminated. Thank you for your patronage."

So macam tu le ceritanya. Mengenai macam mana message tu boleh masuk, entahlah. Apa yang penting kesimpulannya, kalau ada masalah check dengan service provider (syarikat telefon yang anda guna le) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa-apa perkhidmatan yang masuk dalam telefon anda. Then kalau tak puas hati (dalam my case kiranya dah solve, different situation, report pada SKMM.

Monday, April 26, 2010

The Power of Twitter

Nak share something about twitter. I am sure ramai blogger yang guna facebook tapi tak ramai pulak menggunakan twitter. Ni nak citer le sikit mengenai pengalaman post entry mengenai pilihanraya kecil di hulu selangor semalam.

Lepas aja tulis simple entry then post le kat twitter. tak sangka ya, dalam masa sejam dari pukul 8.00 malam to 9.00 malam, 89 unique visitors masuk ke my blog, masa tu maybe diaorang search "hulu selangor". of course not 89 masuk melalui twitter tapi i think majority adalah from there.

So bila check pulak kat histats's website, lebih daripada 50% daripada unique visitors adalah from entry tersebut. begitulah ceritanya, kan sharing is power.

Important Announcement: Pergabungan Blogs Selesai


Untuk pengetahuan semua pembaca, sebelum ini saya mempunyai dua blogs, iaitu blog ini dan something is special. Setelah mengambil kira pandangan pembaca dan juga memberi kepelbagaian mengenai isu kandungan blog, saya telah mengambil keputusan untuk mengabungkan kedua-dua blog tersebut dan ianya diletakkan di blog ini, iaitu sharing is power.

Ini bermakna, semua entries yang telah saya tulis di dalam something is special telah dipindahkan ke dalam sharing is power.

Oleh yang demikian, bermula pada hari ini, blog ini tidak hanya membincangkan isu-isu mengenai kewangan, wang, isu semasa tetapi ianya juga termasuk isu-isu mengenai kisah-kisah kehidupan sama ada ianya melibatkan peribadi ataupun masyarakat. Diharap ianya dapat menambahkan pengetahun kita semua. Kan sharing is power.

Sunday, April 25, 2010

Keputusan By-Election: Hulu Selangor (P94): BN Menang Majoriti 647 Undi

Surprise.. Ini bukannya result keseluruhan kerana ianya hanya peti pos aja. BN (767) PKR (120). Keputusan keseluruhan akan diketahui kelak.

By the way, kita hendaklah tahu mengenai apa-apa topik atau isu. Walaupun sesetengah cakap tak nak ambil tahu pasal politik le. Mana boleh, kita at least kena tahu le sebab ianya adalah sebahagian daripada kehidupan. Apa yang penting bila menang kena jalankan tugas sebagai wakil kepada rakyat.

By the way, kali ini calonnya adalah Kamalanathan (Barisan Nasional) dan Zaid Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat). Peratusan keluar mengundi adalah 75.87%.

Official Result:

P Kamalanathan (24,997 undi): BN menang majoriti 1,725
Zaid Ibrahim (23,272 undi): PKR

Sumber: Berita Harian (Undi Pos) Berita Harian (Keseluruhan)

Jom Main Games Kat Carrefour Wangsa Maju

Afiqah memang enjoy sangat kalau pi Carrefour Wangsa Maju sebab kat sana ada tempat permainan kanak-kanak. Hmmm kat sana kalau nak main apa-apa diaorang guna token. Satu token 50 sen aja. So nak main, ada yang kena guna satu token aja, ada yang dua token dan ada juga yang empat token. Tengoklah jenis permainan yang nak main.

Macam kat atas tu main animal macam giraffe aja. Memang Afiqah suka sangat benda yang colour pink ni.

Yang ni permainan apa nama lupa pulak. Biasanya kalau main dengan abangnya, Danish memang riuh le. Tapi ni tak bawa abangnya sebab sekolah ganti so main le sorang-sorang. Apa-apa pun memang enjoy.

Jom Makan Roti Canai Restoran Al-Hilmi, Taman Melawati


Sebut aja roti canai, mesti semua tahu kan. Apa taknya makanan kegemaran rakyat Malaysia. Semalam singgah kat Taman Melawati sebelah dengan Bank Islam. Sarapan kat sana. Apa lagi kalau tak roti canai. Memang sedap le kat situ. Dengan roti canai yang garing, rasa memang ada lemak-lemak sikit then kuahnya not bad. Kuahnya ada tiga, kari, kacang dal dan juga sambal ikan bilis. Pilihlah yang mana satu kegeramaran anda

Kalau nak tahu kat mana ianya di Restoran Al-Hilmi. Mottonya ialah "Selamat menjamu selera. Kepuasan pelanggan matlamat kami."

Apa lagi pi le cuba kat sana. So rating out of 10, saya bagi 8.4. Kira ok tu dapatlah A-. Kalau nak dapat A kenalah dapat 8.5 kan.

Saturday, April 24, 2010

Jom Beli Guna Voucher

Hmmmm, seronok juga bila kita dapat voucher kan. Tak kisahlah sama ada orang bagi ke, dapat sebab kita beli barang ke or kita jumpa (ada ke macam ni?).

Acutually voucher ni bertindak sama dengan cash le, i.e. boleh digunakan untuk membeli something kat kedai / tempat berkenaan sahaja dan mempunyai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, i.e. mempunyai tempoh sah laku.

Contohnya voucher Chicken Rice Shop (CRS), valuenya ialah RM5.00 dan tempoh sah sehingga 30 April 2010 dan tidak sah digunakan bersama promosi lain. So kalau bill anda adalah RM20 so anda boleh gunakan voucher RM5.00 dan bayar cash sebanyak RM15.

So janganlah pulak anda gunakan voucher CRS untuk beli kat 7-Eleven pulak. He he he, jangan marah, semua orang tahu kan. Apa-apa pun sebagai pengguna yang bijak, guna voucher kalau anda nak beli barang kat situ. Janganlah guna voucher sebab anda ada voucher. Yalah sesetengah orang fikir, alamak ada voucher, kalau tak guna rugilah. Contohnya ada voucher RM20 daripada Jusco then pi le Jusco then anda spend sebanyak RM1,000 pulak. Beli pulak benda yang anda tak perlu. So buat keputusan yang tak betul tu. Sayangkan voucher RM20 duit RM980 terbang.

Kalau saya bila guna voucher akan beli lebih sikit daripada nilai voucher, contohnya, anda jarang pi Sogo tapi ada voucher sebanyak RM50, so belilalh barang yang bernila i.e. RM60 ke, RM55 ke, tapi kalau memang anda nak shopping kat sogo dan really need that product, beli aja even RM200. Tengok situasi le.

Jom Mari Membaca

Adakah anda suka membaca? Kalau tak mengapa anda tak suka membaca, kan membaca itu boleh menambahkan ilmu pengetahuan. Anyway just nak share tips macam mana untuk mengalakkan seseorang itu suka membaca:
  • Galakkan anak anda atau adik-adik anda mempunyai minat membaca. Kalau yang tengah pregnant, apa kata anda bacakan bahan-bahan untuk anak anda

  • Apa kata beli buku untuk anak-anak anda dan belilah buku yang mereka suka. Kalau tak macam mana anak anda nak mempunyai minat jika bahan bacaan tiada

  • Anda perlu menjadi model kepada anak-anak anda. Yalah kalau anda sendiri tak suka membaca macam mana anda mahu seseorang itu mempunyai kecenderungan untuk menambah ilmu

  • Hmm, sekali-sekala bawalah mereka ke perpustakaan kerana kat library tu macam-macam jenis buku ada dan semua orang pi sana mempunyai minat yang sama
So begitulah sedikit sebanyak tips yang boleh dipraktikan. Apa kata anda share pandangan anda mengenai perkara ini.

Friday, April 23, 2010

Beli & Menang: Coca-Cola

Macam-macam peraduan sekarang ni kan. Terbaru adalah daripada coke. Tempoh peraduan ini adalah dari 12 April 2010 sehingga 27 June 2010 bersempena dengan bola sepak dunia. Mudah caranya:
  1. Beli mana-mana 2 x 325ml tin atau 2 x 500ml botol atau 1.5 liter botol jenama (coca-cola, coca-cola vanilla ataupun sprite)

  2. Jawap satu soalan iaitu: coca-cola adalah penaja rasmi minuman ringan 2010 FIFA World Cup (YA atau TIDAK)

  3. Hantarkan borang peraduan dan resit bersama dengaan 2 tab 325ml atau 2 keping 500ml label atau 1 keping 1.5 liter label kepada "World Cup, P.O. Box 8748, Pejabat Pos Kelana Jaya, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Make sure isi borang peraduan ya dan baca terma-terma dan syarat-syarat peraduan sebelum anda masuk contest ni....Hadiahnya seperti di atas.

Important Announcement: Pergabungan Blogs

Kepada semua saya ingin membuat pengumuman. Bermula hari ini (23 April 2010), blog ini akan digabungkan dengan blog saya yang satu lagi iaitu "sharing is power".

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira pandangan pengunjung blog dan juga memberi kepelbagaian kepada pembaca. Di harap dengan keputusan ini, anda tetap menjadi pembaca blog saya dan kepada followers, apa kata anda jadi follower di blog saya yang satu lagi.

By the way, my other blog berkisar kepada isu-isu berkenaan dengan kewangan, money dan juga isu-isu semasa. Anyway, sharing is power, so jika anda mempunyai something whether it is small or big, berkongsilah dengan orang lain. Jangan simpan apa yang anda tahu.....

Upin dan Ipin Ke India Pula

Sebut saja upin dan ipin, bukan sahaja kanak-kanak yang tahu, orang dewasa pun tahu. Itulah kartun hasil daripada rakyat Malaysia. Sungguh membanggakan. Dah lama dah disiarkan di Astro Disney Channel dan juga sudah pun diketahui di negara jiran, Indonesia.

Kat panggung di Indonesia, mereka sanggup beratur panjang semata-mata untuk melihat cerita ini. Sambutan di sana adalah 3 kali ganda jika dibandingkan dengan di Malaysia.

So sekarang ini pulak akan menempa nama di India pulak. Mengikut Bernama, pada 14 Mei 2010 nanti, ianya akan ditayangkan buat kali pertama di India dan diikuti dengan 600 panggung wayang dan dialih suara kepada 11 dialek di India.

Memang satu pencapaian yang sangat baik untuk industri filem di Malaysia. Di harap lebih banyak lagi filem Malaysia akan mengikuti langkah tersebut.

Thursday, April 22, 2010

Ramainya Orang Kat Jusco Card Member Day: Wangsa Maju

Hari ni ada Jusco Members' Day kat Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Memang ramai betul, biasalah orang suka shopping kan. Sebab sesetengah daripada orang cakap shopping ni dapat hilangkan stress, betul ke???? Anyway nasib baik dapat parking, yalah kat tingkat atas sekali tanpa bumbung.

Kat tepi jalan memang penuh kereta parking. Memang tengok sorang2 beli macam shopping raya le, rasanya RM200 to RM300 seorang kot at least.

He he he, so tumpang sekaki le ni. Anyway beli RM200++ so dapatlah gift voucher sebanyak RM20. Memang dapat RM10 setiap RM100 dibelanjakan. Anyway ni memang rancang nak beli pun, beli kasut, baju, then set cadar dan bantal........ Apa-apa pun, selamat berbelanja....

Anda Guna Kad Kredit Untuk Apa???

Hmmmm ini yang saya dapat daripada "Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 09" yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Mengikut laporan tersebut 32% daripada transaksi kad kredit adalah untuk pembelian bahan api / petrol dan 26.3% adalah untuk pembelian runcit (urusniaga pembelian dengan pemborong, pasar raya besar, kedai pakaian dan mana-mana kedai lain / perniagaan runcit yang tidak diklasifikasikan dalam kategori lain).

Hmmmmmm memang dah agak dah. Yalah sebab ramai yang guna untuk beli petrol ataupun beli kat hypermarket, tak kisah le, Giant ke, Carrefour ke ataupun Tesco. Sebab tu le banyak bank buat co-credit cards bersama dengan stesen minyak, i.e. Petronas dan guna co dengan hypermarket i.e. Tesco.

Memang strategi diaorang untuk meningkatkan transaksi dan seterusnya meningkatkan pendapatan diaoarang tak kisah le dari segi komisen pembelian ataupun kadar faedah / keuntungan daripada orang yang guna tapi partially payment the outstanding balance.

Apa-apa pun, sebagai pengguna, gunalah kad kredit dengan cara paling bijak. Jangan ikutkan emosi aja.

Shopping Boleh Hilangkan Stress Ke???


Betul ke orang cakap ramai yang pi shopping sebab nak hilangkan stress / tekanan????? Ni nak share article yang ditulis di dalam Harmoni 15-30 April 2010. Mengikut majalah ini, orang yang bersikap boros dan gila membeli-belah adalah ianya merupakan petanda bahawa jiwa mereka tengah mengalami tekanan.

Di samping itu, ianya merupakan masalah yang lebih berat iaitu tiada keyakinan diri, kemurungan, gelisah dan juga tekanan jiwa. Masalah yang lain ialah ianya boleh menyebabkan pertengkaran dan perpecahan dalam ikatan kekeluargaan.

Harap-harap kepada yang suka shopping tu anda bukannya tergolong daripada apa yang diperkatakan di atas. Ianya hanya hobi yang mana untuk berbelanja kerana duit dah banyak tak tahu nak buat apa kan.......

Wednesday, April 21, 2010

Buffered Earnings RM13.34...... Orang Lain Sampai RM97.47

Sungguh gembira bila tengok buffered earnings ads sudah mencapai RM13.34. Actually this one is the highest earnings so far. OKlah lagi pun blog ni baru aja 6 bulan lebih. Anyway sekarang ni dalam this blog ada 3 buffered ads yang sedang berjalan.


Actually my earnings tu biasa aja jika dibandingkan dengan GTO yang mana earningsnya lebih kurang RM100. Banyak tu..... Dia punya visitors memang ramai lebih daripada 500 sehari tapi saya punya about 100 aja.

Apa-apa pun, thank you so much to all my visitors. Please do provide a comment in order to improve my writing or inform me any topic that you would like me to write. Kalau boleh tulis saya akan buat the entry.

Dah Masuk RM50: Gatsby Deodorant Street Fair

Semalam dapat e-mail daripada Nuffnang mengenai duit akan masuk sebanyak RM50 kerana menghadiri Gatsby Deodorant Street Fair. So hari ni dah masuk dalam akaun Nuffnang, tapi kalau yang nak cash out kenalah tunggu sehingga 21 April 2010 (Rabu).

Hmmmm, apa lagi memang berbaloi kan, pi sana dapat main games, pas tu jumpa bloggers lain then dapat juga saguhati sebanyak RM50 kan.

Anyway nak share mengenai buffered earnings kat other blog, sharing is power ada 3 lagi masih hidup. So akhirnya buffered earnings daripada Body Shop berjaya memecah rekod income paling tinggi iaitu RM13.06 (setakat semalam). Sebelum ini rekod dipegang oleh Samsung Corby iaitu RM12.46. Thank you so much Nuffnang.

Gaji Berapa Tak Kena Income Tax????

Sorry le, tarikh akhir untuk hantar e-filing adalah pada 30 April 2010, baru tulis entry ni. Tak apa kan, harap aiman tak marah ok. Anyway hari tu ada orang cari information mengenai "Gaji Berapa Tak Kena Income Tax". Hmmm, anda mesti nak tahu sama ada gaji anda kena cukai ke tak.
Mengikut pengiraan saya, jika gaji tahunan anda adalah sebanyak RM28,652 so anda tak perlu bayar income tax tapi janganlah pulak tak hantar e-filing. Or gaji bulanan ialah sebanyak RM2,388. Tapi kalau anda dapat bonus even gaji anda RM2,388 sebulan anda kenalah bayar cukai pendapatan.
Pengiraan saya ni dibuat dengan assumption that anda seorang tak berkahwin lagi, tak tuntut pelepasan komputer, buku, tak ambil insurans hayat dan sebagainya. So yang kat atas tu memang pelepasan yang asas le kiranya.
Ada ke yang berminat untuk tahu pengiraannya????? Tak kisah le kalau anda tak minat pun saya nak citer juga, kan sharing is power.......

Pengiraan / Explanation:
  • Jumlah Pendapatan adalah RM28,652 setahun ataupun RM2,388 sebulan

  • Pelepasan individu sebanyak RM8,000 memang diberi secara automatik, kalau anda tak nak pun diaorang akan bagi jangan risau
  • Pelepasan KWSP adalah terhad kepada RM6,000. So dalam kes ini gaji tahunan adalah RM28,652 so caruman KWSP adalah 11% daripada gaji so jumlahnya ialah RM3,152 (RM28,652 x 0.11)
  • So jumlah keseluruhan pelepasan adalah RM11,152 (RM8,000 + RM3,152)

  • Pendapatan bercukai ialah perbezaan jumlah pendapatan / penggajian dan jumlah pelepasan iaitu RM17,500 (RM28,652 - RM11,152)

  • Jumlah cukai pendapatan adalah sebanyak RM400 [RM10,000 pertama ialah RM175 dan RM7,500 berikutnya adalah RM225 (RM7,500 x 0.03)]: Rujuk jadual cukai di bawah, dalam kes ini jumlah pendapatan bercukai adalah RM17,500 iaitu dalam kategori D (RM10,001 to RM20,000)

  • Rebat cukai individu sebanyak RM400 diberi kepada individu yang memperoleh pendapatan bercukai tidak lebih daripada RM35,000. Dalam kes ini, pendapatan bercukai adalah sebanyak RM17,500 (sila rujuk di bawah)

  • Jumlah cukai kena dibayar adalah perbezaan jumlah cukai pendapatan dan rebat cukai pendapatan iaitu RM0 (RM400 - RM400)

Tuesday, April 20, 2010

Jom Makan Donut: Big Apple

Hmmm saja aja tayang gambar ni especially waktu nak lunch ni. Donut Big Apple not bad dan rasanya lebih sedap daripada dunkin donut....... So kalau lapar apa lagi ambil bau ajalah ya. Kalau tak pun apa kata tengok kat screen tu makan ajalah......

Naik Kompaun Kesalahan Jalan Raya Kepada RM1,000

Semalam ada bacaan kali pertama mengenai Rang Undang-Undang Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 Pindaan (2010) di Dewan Rakyat. Antara pindaan yang dicadangkan ialah menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemandu dan penunggang daripada RM300 kepada RM1,000.

Banyak tu kan lebih daripada 3 kali ganda. Hmmm nampaknya kepada yang sering dikenakan compound akibat kesalahan jalan raya kena fikir panjang le, kalau tak..... melayang aja RM1,000. Hmmmmm nak kata setuju rasanya macam tak setuju aja sebab pernah juga dikenakan kompaun tapi memikirkan banyak kemalangan yang berlaku akibat i.e. memandu dengan laju melebihi had yang dibenarkan, memotong di garisan berkembar dan macam-macam lagi rasanya ada juga baiknya dinaikkan kadar.

Di samping itu juga, cadangan pindaan ialah menaikkan umur untuk mendapatkan lesen memandu bagi motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun.

Apa yang penting kesedaran oleh pengguna adalah sangat penting. Yalah kita kena hormat-menghormati antara satu sama lain. Bukannya nak jadi jaguh di jalan raya tanpa menghiraukan perasaan pengguna lain. Berhato-hati di jalan raya.

Isi Questionnaire Dapat Free Pizza???


Hari tu ada beli Dominos pizza online. Biasalah bila kita beli diaorang suruh le jawap survey atau mintak pendapat mengenai service diaorang dan juga macam mana reka bentuk dan kemudahgunaan website. So jawaplah lagipun tak banyak kan.....

Lepas jawap tu apa lagi dapatlah kupon pizza regular free tapi ingat mana ada benda free macam tu aja, kenalah beli at least satu bijik regular pizza. Biasalah marketing punya style kan, satu nak suruh kita beli lagi (repeating purchase) dan satu lagi ingin mendapatkan feedback from customers... Memang biasalah tu...

Anyway dari segi ekonomi, harga sebijik regular pizza ialah RM23.80. So dapat kupon ni macam beli satu dapat satu free le. Anyway, tanpa benda alah ni pun, biasalah kita boleh beli 2 regular pizza dengan harga RM30. Biasanya ada le kupon kat dalam newspaper, memang sangat normal le. Apa-apa pun dapat gak save RM6.20 (RM30 - RM23.80). Kalau nak save lagi tak payah beli pizza kan.

Berapa Jangka Hayat Penduduk Di Malaysia???

Adakah anda tahu berapakah jangka hayat rakyat Malaysia??? Apa 56 tahun?? Itu umur kalau nak pencen. Apa le.......... Actually kalau dilihat daripada laman web Department of Statistics Malaysia (DOS), life expectancy malaysian adalah berbeza bagi kaum wanita dan lelaki.

Mengikut data pada tahun 2007, jangka hayat wanita ialah 76.5 tahun dan lelaki ialah 71.7 tahun. Nampaknya wanita hidup lebih lama daripada lelaki by about more than 5 years. Hmmmm tak tahulah sebab apa pompuan hidup lebih lama. Maybe anda boleh bagi explanation mengenai perkara ini. Adakah lelaki lebih stress??? Adakah pompuan suka share masalah mereka dengan orang ataupun suka menangis untuk melepaskan ketensionlah mereka....???

Ooooo memang sudah dijadikan ceritanya macam tu.... Memang banyak persoalan yang perlu dirungkai... Apa-apa pun kalau dilihat dari 2005 sehingga 2007 terdapat peningkatan umur bagi lelaki dan pompuan, ini maybe disebabkan oleh kemudahan kesihatan yang lebih baik......

Apa-apa pun, jagalah kesihatan anda dengan sebaik yang mungkin dan juga cara hidup anda, i.e. memandu dengan berhemah, makan berpada-pada dan hidup mesti enjoy, jangan tension-tension ok.....