Pages

Sunday, February 28, 2010

First Day Masuk Blogged.my Jadi Popular Entry

Semalam masuk blogged.my dan ping entry kat website tu..... So tak sangka first day post kat sana dah dapat 2 most popular entry..... Actually blogged.my ni sama ngan gengblogger or innit......

Thanks to Onizuka kerana memperkenalkan website ni.... My entry yang menjadi top 10 ialah "The Star Dalam Bahasa Malaysia".... Anyway rasanya website blogged.my ni masih baru dan ramai tak tahu lagi... So apa lagi, pi le ping kat sana.. mudah aja...

Wanita Curang?????

Tadi terbaca di dalam majalah Harmoni keluaran Mac mengenai "Mengapa Wanita Curang?".. Yalah sebelum ni kita selalu terbaca mengenai lelaki curang tapi kali ni diaorang kupas mengenai pompuan yang curang..... Kat situ diaorang ada citer 4 sebab tapi kat sini saya nak sentuh 2 sebab aja.....
  1. Tidak dihargai
    Kita tahu yang pompuan suka dengan ungkapan kasih sayang.. yalah kan kita manusia suka dicintai dan mencintai..... so bila ucapan ni tak ada mereka berfikir yang there is something wrong dan mulalah untuk berlaku curang.. So sama-sama le kita ingat mengingati antara satu sama lain untuk membuatkan dihargai....

  2. Berjaya dalam karier
    Hmmm, yang ni pulak satu sebab lagi.. yalah kalau dah berjaya dalam karier, maybe ada terasa yang rumahtangga adalah sesuatu yang membosankan.... kan banyak juga kes berlaku dalam pejabat kan.. "kekasih gelap"...

Semoga kita dijauhi dengan benda alah ni ya......

Minat Dalam Kerjaya.....

Memang impian semua orang kan, bila dah belajar nak bekerja.. tak kisahlah apa taraf pelajaran anda dan apa pekerjaan yang anda lakukan......

So apa yang penting bila anda dah mengharungi alam pekerjaan, apa lagi anda kena sayang dengan kerja anda... Try our best untuk buat yang terbaik di dalam bidang kita..... So kalau tak minat tu, apa lagi kenalah cari kerja lain....

Kadang-kadang bukan kita tak suka tapi environment yang kita kerja tu kan.. tak kisahlah tak suka ngan boss ke, ngan rakan kerja ke, bidang tugasan kita ke.. cari jalan terbaik untuk selesaikan benda alah ni...

Saturday, February 27, 2010

Terapi Cara Gelak Mengurangkan Kesakitan Kanser????

"Laughter is the best medicine". Saya rasa anda pernah dengar kata-kata ini kan????? Bagi pesakit kanser pula, pesakit digalakkan untuk melalui "humour therapy" bagi mengurangkan tekanan / stress yang mereka peroleh daripada kanser...

Banyak studies telah dilakukan dan telah menyimpulkan bahawa terapi ini dapat mengurangkan kesakitan pesakit kerana sel kanser dapat dikurangkan dan menjangkiti bahagian lain... Satu lagi bila orang berasa gembira ianya secara tidak langsung meningkatkan sistem imuniti.....

So apa lagi gelak le.... tapi janganlah pulak kita gelak2 berlebihan ok.....
Add Image

Kata PM Internet Bukan Suka2 Aja.....

Mengikut PM hari ini, gunakan internet bukan sekadar instrumen untuk suka-suka aja, bersosial tak kisahlah friendster ke, twitter ke, facebook ke...... or blog ke... tapi cari jalan untuk meningkatkan pendapatan / income anda......

Itu tak kisahlah, nak berniaga ke... nak bernuffnang ke.. nak berinnity ke... yang penting ianya boleh menjadi pendapatan tambahan......apa-apa pun yang kita buat, try our best to balance them........

Ekonomi Malaysia Berkembang 6% Tahun Ini????

Setelah Malaysia mencatat growth sebanyak 4.5% pada suku ke 4, 2009..., Kerajaan menjangkakan bahawa ekonomi pada tahun ini akan berkembang sebanyak 6%...

Setelah mengalami situasi yang sangat sukar tahun lepas, Malaysia telah mempelajari bahawa kita tidak boleh bergantung keterlaluan kepada Amerika dan negara Eropah.... Kita kena pelbagaikan negara yang kita eksport barangan dan perkhidmatan...

So baguslah kalau ekonomi sudah pulih...... Apa yang penting bila ekonomi dalam situasi meningkat, harap2 kekayaan ekonomi negara ni dapat dirasai oleh semua pihak... tak nak le dalam ekonomi kita maju tapi ada lagi mereka yang hidup tidak mendapat kemudahan asas.... Satu lagi harap2 mentaliti pun bagus juga..... tengoklah cara kita beratur, bercakap, kebersihan.... banyak benda perlu diperbaiki kan.....

MARA Pilih Bidang Untuk Hantar Pelajar ke Overseas


Pada masa akan datang Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan lebih berhati-hati menghantar pelajar-pelajar mereka ke overseas terutamanya di dalam pemilihan universiti dan bidang yang mereka akan ambil....

"Pada tahun-tahun akan datang, kita akan fokus kepada mendaulatkan sektor pendidikan selaras dengan matlamat utama Mara diwujudkan, khususnya membantu bumiputera sebaik mungkin bukan sahaja membolehkan anak kita belajar dalam negeri tetapi juga di luar negara.

Apa-apa pun, saya berpendapat ianya bagus, sebab bidang yang mereka ceburi hendaklah dinilai dengan lebih teliti mengikut keperluan negara dan juga universiti yang berprestij.. Takkan nak hantar universiti yang biasa2 aja.. tak semua universiti kat overseas tu lebih baik daripada yang kat Malaysia.......

The Star Dalam Bahasa Malaysia????

Sebelum ni kita tahu that kalau akhbar tu dalam English maka diaorang guna bahasa Inggeris le.. then kalau akhbar tu dalam Bahasa so guna bahasa malaysia le tapi kali ni pelik pulak kan.....

Satu transformasi daripada akhbar popular berbahasa inggeris, The Star mengorak langkah dengan memperkenalkan pullout dalam Sunday Star.. Ianya diberi nama sebagai Mingguan mStar.. So kiranya akan bermula pada Ahad ni, 28 Februari 2010.... So ingat hari ahad aja.....

Mereka buat sebab mendapat kejayaan daripada Bahasa version kat internet, mstar online...... So kita tunggu dan lihat.....

Jom Macaroni Goreng

Jom pagi-pagi makan macaroni nak..... Alah makaroni goreng biasa-biasa aja.. Macam kita goreng, mee ke, kueh tiew ke or bihun.. sama aja nak masak.... Nak kasi rating?????? Takkan masak sendiri nak bagi rating kot... Oklah saya bagi 10 out of 10.. Memang sedap.... Cubalah masak ya.....

Friday, February 26, 2010

Maxis Untung RM503 juta bagi Q4

Tengok tu memang banyak kan untung Maxis bagi suku ke 4 tahun 2009...... Mesti Maxis berterima kasih dengan pelanggan-pelanggannya yang menggunakan talian maxis..... Tak apalah saya masih setia dengan Celcom....

Q4, Maxis telah dapat menambah pelanggan mereka sebanyak 556,000 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 12.3 juta.... Just bayangkan penduduk Malaysia adalah 28 juta so berapa % diaorang dapat capture.. Memang banyak kan.. Satu lagi ada orang mempunyai lebih daripada 1 talian Maxis.....

Bagi masa hadapan Maxis sangat optimistik dengan prospek terutamanya ekonomi Malaysia dalam proses pemulihan.....Lagi satu prospek untuk broadband di Malaysia sangat bagus.. Tengoklah berapa peratus yang menggunakan benda alah ni... Apa yang penting perkhidmatan kena perbaiki le tak kisahlah maxis ke, celcom ke, digi ke or wimax.......

Cikgu Bunuh Diri Kerana Facebook

Macam2 kan boleh terjadi dengan teknologi maklumat ni... Tak kisahlah friendster, twitter or facebook..... Terbaru seorang cikgu di UAE meninggal dunia setelah minum racun kerana beliau rasa takut ekoran bekas bf beliau upload gambar kurang sopan di Facebook....

Hmmm, so berhati-hati le dengan gambar2 peribadi anda sebab sekarang ni mudah aja orang nak sebarkan tak kisahlah through telefon ke.... e-mail ke.... facebook ke atau apa-apa media......

Jom Jadi Kaya

Memang seronok kan jadi kaya.... Saja hari ni nak bagi peluang untuk kita semua berangan-angan sikit..... Apa akan anda buat kalau anda jadi kaya, let saya ada RM1 juta........?????

Nak beli rumah baru, kereta baru, nak simpan, buat pelaburan untuk janakan duit lebih banyak.... bersedekah..... gembirakan orang lain...... pergi melancong..... simpan ajalah..... spend semua sebab bila lagi nak enjoy.....

Apa-apa pun sekarang tak le banyak duit so fikir bagaimana nak dapatkan duit dan make sure ianya cara betul ok.......

Jom Perbankan Islam

Apa itu perbankan Islam????? Ianya adalah sistem perbankan yang berlandaskan lunas dan prinsip Syariah.... Secara dasarnya ialah melarang riba (iaitu menerima dan memberi faedah), usury, pengenalan kadar faedah yang terlalu tinggi kepada pinjaman dan perniagaan yang haram di sisi Islam.... Definisinya bukan yang saya buat.. tapi ianya daripada laman web bankinginfo....

Apa yang saya nak beri pandangan mengenai perbankan Islam ialah:
  • Pilih perbankan Islam daripada perbankan conventional, sebab ianya in-line with Islam... satu lagi Islam adalah menyeluruh dan bukannya semata-mata mengenai ibadah sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya....

  • Hidup kita lebih rasa tenang sebab ianya adalah yang terbaik untuk kita...

  • Banyak pilihan kat negara kita... yalah kalau zaman dulu-dulu tu tak boleh buat apa le....
Actually banyak lagi kelebihan perbankan Islam...... apa kata anda tambah-tambahlah.. kan sharing is power....

Anyway, ada juga yang cakap perbankan Islam lebih mahal daripada perbankan conventional kan.... salah satu sebabnya ialah ianya memberi jaminan dan lebih certain.. contohnya anda ambil pembiayaan (pinjaman) daripada bank dan dikenakan bayaran bulanan sebanyak RM500 sebulan tapi conventional maybe RM480 sebulan...... ianya lebih mahal sebab kalau berlaku apa-apa pada kadar faedah anda masih bayar RM500 tapi yang conventional maybe anda akan bayar lebih bila interest rate naik......

Apa-apa pun ada benda yang boleh diperbaiki di dalam perbankan Islam untuk kesejahteraan semua......

Thursday, February 25, 2010

Keputusan STPM 2009: 92.55% Lulus Penuh

Ni gambar yang dipinjam daripada Berita Harian...Beliau adalah pelajar terbaik bagi Negeri Terengganu...... Nak tahu nama.??? Hadawiyah Mohamad iaitu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara, Marang........

Anyway mengikut Berita Harian juga, tahun ini, about 92.55% daripada jumlah keseluruhan pelajar (48,446) yang ambil Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) tahun lepas lulus penuh..

Tahniah kepada mereka semua.... Apa-apa pun, ini permulaan aja kan... Lepas ni sure nak masuk ke IPT untuk mengejar cita-cita untuk jadi graduan pulak.. Pas tu masuk ke alam pekerjaan... Masih jauh perjalanan kan... Apa-apa pun buat yang terbaik.....

Pusat Pekerjaan... Bagus Ni....

Mengikut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Subramaniam, Kerajaan akan melancarkan 10 pusat pekerjaan di bandar-bandar utama bulan depan.....

Ini untuk memastikan, mereka yang sedang mencari kerja mendapat bimbingan dan nasihat mengenai kerja yang bersesuaian dengan kelayakan mereka.... Apa yang penting nasihat yang diberikan secara percuma....

Bagi saya, inisiatif ini sangat bagus dan ianya sepatutnya dilakukan pada masa dahulu lagi.... Yalah kadang2 memang kerja tu ada banyak kat Malaysia cuma mismatch ada.. satu lagi information tu tak dapat kepada yang ingin mencari pekerjaan.... Harap2 Kerajaan akan adakan satu database bagi match kan mereka yang ingin mencari pekerjaan dengan pekerjaan yang sesuai untuk mereka.....

Apasal Anda Suka Marah????

Pernah tak anda anda rasa marah???? Rasanya semua orang pernah mengalami benda alah ni... sekali sekala kalau bertempat ok rasanya tapi kalau selalu aja nak marah, tak bolehlah... so banyak benda yang membuatkan kitaa marah kan.... i.e. apalah, benda ni pun tak boleh nak buat........ ataupun, kan dah cakap tadi, berapa kali nak ulang benda sama...... ataupun, macam mana benda ni boleh jatuh, mahal ni..... ataupun, saja aja nak marah dah tak ada benda lain nak buat.....

So macam mana kita nak elakkan sifat marah atau mengurangkan sifat yang tak baik ni....???
  1. Sebelum anda nak marah tu, fikirkan perasaan orang lain dulu... takkan nak fikir perasaan kita aja.... kenalah rasional sikit..... tapi kekadang susah juga kan sebab bila marah perasaan menguasai pemikiran kita..........

  2. Rasa-rasanya bila kita marah tu macam mana ya rupa muka kita???? lagi cute or handsome ke???? sure buruk kan... so tak payahlah tak comel dipandang orang....

  3. Kalau kita marah, anda ingat orang akan buat tak tahu ke?? mesti diaorang akan marah pada kita juga... so next time kalau kita buat salah, turn diaorang pulak marah kat kita so bila nak habis.....

Apa-apa pun, jauhilah sifat marah ni, tapi kalau perlu marahkan orang kerana sebab-sebab yang dibolehkan, marah berpada-pada le.... selamat menjauhi sifat marah ya.....

Nak RM952 Sekarang ke RM1,000 Tahun Depan???

Kalau anda diberi pilihan mana satu yang anda mahu.... RM952 sekarang ke or RM1,000 tahun depan???

Hmmmm, susah juga kan..... Actually terpulang pada anda, kalau anda rasa nak yang certain ambil le RM952 sekarang......... Yalah mana tahu kot2, bila sampai tahun depan, tak dapat pulak duit RM1,000 tu.... manalah tahu kot2 orang yang nak bagi tu cakap sorry le..... Ataupun satu lagi maybe anda rasa tak seronok le tahun depan, baik dapat sekarang boleh spend kan.....

Hmmm, kalau ambil tahun depan ok juga sebab takut ambil sekarang kan habis dibelanja..... tahun depan anda boleh plan buat something, lagipun nilainya banyak RM1,000 beb, bezanya RM48........ Lagipun kalau ambil sekarang RM952 letak dalam bank dapat keuntungan / faedah sebanyak 1% then jumlah terkumpul ialah RM962 (RM952*1.01) tapi kalau anda letak dalam Tabung Haji yang bagi dividen 5% anda akan dapat RM1,000 (RM952*1.05)...

Itulah yang dinamakan "time-value of money".... So kalau anda tak nak guna duit tu sekarang then rasa boleh dapat keuntungan daripada pelaburan lebih daripada 5% then ambil le sekarang......

Anyway siapa nak bagi duit tu...........???????

Wednesday, February 24, 2010

Tak ada Iklan Nuffnang.. Jangan Risau........


Pernah tak anda tertanya-tanya, apasal tak ada iklan kat your blog??????

Pada yang dah daftar ngan Nuffnang, dan letak iklan, mereka akan diberi peluang yang sama untuk mendapat CPC ads. Tapi untuk mCPM ads, penyiaran iklan pada blog adalah bergantung kepada ketetapan syarikat iklan..... so Nuffnang tak boleh memberi jaminan bahawa setiap blogger akan dipilih untuk memaparkan iklan mCPM pada setiap masa........... so sabar ya kawan2 kalau tak ada iklan......

Just nak share apa yang dimaksudkan dengan CPC ads dan mCPM ads.

CPC (Cost Per Click) ads
  • Atas permintaan pengiklan
  • akan dipaparkan pada semua blog yang memilih "Show Global CPC ads" - ni kalau nak tahu check kat blog manager icon.
  • keutamaan akan diberi kepada yang tidak memaparkan iklan CPM (buffered earnings ads). yalah kalau buffered pun dapat dan cpc pun dapat, kesianlah kat orang lain kan...
  • income akan diberi mengikut jumlah unique visitors yang click iklan tersebut
  • iklan akan berhenti selepas jumlah click yang diperuntukan kepada semua bloggers dah sampai limit le...
  • so kalau ada iklan tapi tak ada orang clik so tak ada le income ya....

mCPM (Metered Cost Per Impression)
  • tertakluk kepada pilihan pengiklan... faktor-faktor yang diambil kira ialah demographics (i.e. pelawat anda sama ada, lelaki ke pompuan ke, umur ke.....).. sebab tu kat survey tu anda kena letak ya......
  • sama ada anda tu member glitterati or biasa, iklan tu masih ada ke tak... yalah kalau dah sampai limit so chances that anda tak dapat le...
  • income adalah berdasarkan "unique impression" yang dibeli oleh pengiklan, i.e. berapa orang yang boleh lihat iklan tersebut... i.e. 100 orang sehari ke...
  • kalau orang tak click pun anda akan still dapat income...
Apa-apa pun jangan concern sangat pasal iklan kan.. sebab kita berblogging pun bukannya semata-mata untuk duit kan.......

Ekonomi Malaysia Sudah Pulih???

Semalam ada baca suratkhabar Harian Metro then tengoklah bahagian bisnes.... Tajuk2 nya adalah:
  1. Laba MAS RM461.99 j

  2. Keuntungan TM meningkat 180%

  3. BIMB labur RM7 juta buka 10 cawangan baru

  4. Jualan kenderaan pada Januari naik 32.8%

Tengok petunjuk2 dalam negara dan luar negara, nampak macam dah nak recover...... Banyak negara2 luar sudah menaikkan kadar faedah..... So macam dah ok aja...

Apa-apa pun, kalau ekonomi baik, kita menabung, jangan spend banyak2 sangat..... kalau ekonomi kurang bagus, apa lagi keluarkan wang dari simpanan untuk membeli-belah.....

Dapat Bag Free

Betul ke dalam dunia ni ada benda free???? Tak tahulah ni free ke tak as nak dapat bag ni kena redeem point..... Anyway ni dapat bila redeem 1,400 points kat sogo le.......

Hmmmm, guna points yang tersimpan masa beli-belah kat sogo dulu2 le..... actually tak dulu sangat he he he..... so ada le beberapa ratus points lagi.. bila lah boleh redeem barang lain pulak.....

Jom Fiesta Nasi Lemak 1Malaysia

Siapa tak suka dengan nasi lemak kan..... Kalau orang Malaysia tak pernah makan nasi lemak, i do not know what to say........ (sorry kalau yang tak pernah makan ya, u are still malaysian).....

Pada 13 dan 14 Mac nanti (Sabtu dan Ahad), sempena cuti sekolah, anda akan tahu nasi lemak manakah yang akan dinobatkan sebagai raja nasi lemak di Fiesta Nasi Lemak 1Malaysia di Dataran Merdeka....

Kat sana nanti akan diadakan pertandingan memasak nasi lemak dan pemenang akan menerima sebuah kereta dan wang tunai berjumlah RM20,000..

Di samping itu 10,000 bungkus nasi lemak akan diedarkan secara percuma.. So apa lagi jika anda terror memasak bolehlah mencuba naasib kalau tak pi le makan nasi lemak......

Tuesday, February 23, 2010

RM100 Sehari Dengan Facebook??????

Sekarang ni banyak yang memperkatakan mengenai "dapat RM100 setiap kali login facebook"..... Pernah tak anda mendengar mengenainya?????
So far saya tak tahu macam mana mechanismnya... tapi kalau anda kena bagi RM100 pas tu promote untuk cari ahli lain dan bila dapat ahli lain anda dapat RM100 or RM50 then itu sama le dengan MLM, yang mana kena cari ahli... Tak kisahlah kalau diaorang bagi ebook ke apa-apa ke......

Kat sini saya tak nak promosikan blog tersebut... tapi cukuplah saya cakap yang mana memang aktif....... nanti kalau nak tahu anda google le...... Tengoklah sehingga pukul 12.30 p.m, dah 408 visitors and 13 daripanya sedang online....

Tengok kat bawah tu, dalam masa 5 minit, terdapat 10 orang login ke blog yang mempromosikan benda alah ni..... Hmmmm rasanya setiap hari lebih 1,000 visitors datang ke blog ini.....

Then kat fan page, terdapat 1,152 ahli.....Memang diaorang kuat promosikan benda ni.....


Apa-apa pun, saya bukannya nak condemn mengenai aktiviti ini sebab saya tak tahu dengan detail... apa yang boleh kita buat ialah, kalau nak masuk juga, pastikan ianya tidak bercanggah dengan undang-undang semasa, bukannya skim cepat kaya, ataupun aktiviti yang boleh membuatkan orang rugi...... Takutnya, diaorang just pusing duit aja, macam piramid skim..... Apa pandangan anda????

Jom Makan Kat Restoran EMW Sogo

Masa weekend pi makan kat Sogo, Restoran EMW tingkat 6 kalau tak silap.. Alah tempat makan le...... Ni first time pi makan kat sini.. Actually masa pergi tu rasanya tak ada pelanggan lain, pas makan pun tak ada pelanggan lain... He he he he...

Chicken chop boleh tahan not bad....especially chicken chop ngan sos dia.....fries dan coleslaw tu biasa aja... overall for the price of RM13.90 and the quality of the food, i give 8.6 ouf of 10

The next menu is nasi goreng thai.... yang ni RM12.50 ngan air..... hmmmmm nasi tu macam pulut sikit biasalah nasi ala thai kan.... nasinya rasanya ok... tapi letak rendang ayam rasanya tak sesuai sikit, makan sikit dah rasa mual kot.. is it the right word to use..... kerabu mangga tu rasanya tak berapa sangat tapi overall 8.2

Ni sup ngan nasi goreng tadi.... yang ni memang saya suka, pedas even though simple aja.... memang lain daripada yang lain... for this i give 8.4...

So tak tahulah whether to recommend or not but kalau tak ada tempat lain nak makan pas tu nak cuba lain daripada yang lain, bolehlah otherwise... hmmmmmmm..........

Confirm Tak Payah Bayar Bil P1Wimax, Thanks.....

Masih ingatkah lagi dengan entry yang saya tulis on P1Wimax mengenai service interruption??? Selepas tu dapat sms from P1Wimax yang cakap diaorang akan waive 1 bulan fees.....

So sekarang dah terima e-mail dan bila check bill via internet memang confirm diaorang dah deduct RM69.00 untuk bulan ni....... So bulan ni dapat guna broadband percuma le.......


Then at the same time, P1Wimax hantar juga e-mail mengenai network upgrade yang akan dibuat di seluruh Malaysia.. Tak apalah diaorang buat dari pukul 3.00 pagi hingga 8.00 pagi.....

So macam tu le... itu dinamakan customer service improvement setelah complaint from pengguna / customer......

Keep it up P1Wimax if you really want to be the best.......

Monday, February 22, 2010

Sukan Wajib Di Sekolah....

Mengikut DPM / Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, suka sekarang adalah wajib bagi semua pelajar bermula tahun hadapan yang mana mereka dikehendaki memilih sukan yang diminati...

Ianya akan dijadikan syllabus yang berasingan dan bukannya lagi sebagai salah satu daripada kegiatan kokurikulum....

Saya berpendapat ianya sangat bagus bagi mengalakkan pelajar2 berkecimpung dalam bidang sukan dan insentif khas hendaklah diberikan seawal usia bagi melahirkan jaguh sukan diperingkat lebih tinggi...

Siapa Untung Musim Panas

Sekarang ni memang musim panas sangat-sangat kan...... Biasalah kalau hujan complaint pasal hujan bila panas rasa macam entahlah tersangat le panas......

Tahu tak siapa yang untung musim panas ni??????
  1. Penjual air-cond / penyaman udara... Cuba pi kedai elektrik tanya diaorang mesti tersenyum aja, maklumlah sales naik begitu tinggi.. technician pun terpaksa lebih masa... Kalau tak pun ada yang beli air-cooler, alah yang portable tu....... jangan harga naik sudah le.... Kat newspaper pun iklan mengenai benda alah ni pun banyak sekarang...

  2. Penjual air le.... Tak kisah le air sirap ke, air tebu ke, air apa-apalah... Dah orang mudah dahaga, then mesti cari air batu untuk hilangkan dahaga.. memang sedap kan, panas2 dapat air sejuk...

  3. TNB pun untung juga sebab ramai yang guna elektrik melebihi tahap biasa...

Apa-apa pun, di musim panas ni banyakkan ambi air.. sebaik-baiknya air masak le.... elakkan minum air batu..

Betul Ke Tak Ni???? Midvalley

Just nak share aja.. Tadi terjumpa gambar ni at blog The Best from my INBOX!, From the blog, ianya menceritakan yang gambar ni diambil di Midvalley......

Keluar Duit Kat ATM Maybank Kena Charge???

Tadi baru perasan kat slip pengeluaran maybank.......

"Anda telah membuat 4 pengeluaran tanpa caj pd bulan ini. Caj 50 sen mungkin dikenakan untuk pengeluaran berikutnya tertakluk pd baki akaun."

Hmmmm, 4 kali aja...... sebelum ni tak perasan.... mengikut website maybank, charge akan dikecualikan sekiranya balance lebih daripada RM5,000.......tapi kalau anda perasan kat website bankinginfo, a consumer education programme by Bank Negara, Persatuan Bank Bank Dalam Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia, under Basic Savings Account (BSA), pengeluaran percuma setiap bulan ialah 8 kali....

So perbezaannya ialah yang 8 kali ialah untuk BSA tetapi yang maybank ialah Maybankkard Visa Debit.......

Sunday, February 21, 2010

Jom Makan Nasi Minyak Terengganu

Pernah tak anda makan nasi minyak Terengganu... Hmm memang sedap le.. Tengok tu nasinya bukan macam nasi minyak biasa.... siap ada colour merah pulak.. alah macam nasi hujan panas.... Semalam pi Pasar Malam, Taman Melawati, beli yang gulai ayam...... kena pulak ngan acar tambah lada.. memang sedap....

Memang licin le.. Tak mahal RM3.50 aja... Kalau yang ikan RM3.00...... Nanti next time cuba yang lain pulak... Anyway pasal rating tu saya bagi 8.6 out of 10.....

Jom Pizza Hut Mobile......


Hmmmmm sekarang ni anda bukan sahaja boleh beli pizza kat restaurant pizza hut ataupun melalui online or telefon..... So Pizza Hut telah memperkenalkan cara baru iaitu mobile kitchens pizza......

Buat masa ini ada 2 mobile kitchens yang mana di Lembah Klang...... Setaip gerabak tu boleh menyediakan 100 biji pizza setiap jam.... So apa kata kalau anda nak buat majlis makan-makan.... panggil le gerabak tu datang kat rumah anda pas tu senang le sikit orang ramai nak makan pizza..... tak pun suruh kitchen tu pi jual kat pasar malam, kan bisnes orang jual pizza kat pasar malam terjejas pulak......

Saturday, February 20, 2010

Need You Help on Gengblogger: Explorer Vs Firefox

Cuba tengok kat atas tu, bila anak login gengblogger, kalau guna internet explorer memang ada button fconnect, yalah sekarang kalau nak masuk gengblogger kena guna cara ni aja tak boleh guna login username e-mail address dan letak password.......

Tapi masalahnya bila saya guna mozilla firefox, tak ada pulak button fconnect... Apasal ya... sebelum ni ada tapi sekarang dah tak ada.. ni mesti mengenai setting ke apa-apa.. Kepada yang pakar boleh bagu nasihat tak macam mana nak bagi setting untuk selesaikan masalah ni.........

Apasal Ramai Orang Suka Duit?????? Thanks Sepet

Memang betul lah kan.... Semua orang suka duit...... Bila buat entry mengenai duit aja.. Ramai yang nak baca kan.... Semalam ada buat entry mengenai "Nuffnang Dapat RM2,684"...... Ini bukan earnings saya tapi sepet......

So biasanya daily average visitors saya adalah 100 tapi semalam jump to 259..... Thanks sepet.....

Berbalik pada number of visitors..... Hari ni sehingga pukul 11.00 pagi, dah ada 107 pelawat.....tak sangka pukul 12.00 tengah malam pun ada 20 pelawat yang datang....

Satu lagi posting kat innit pun hari ini berada di nombor satu.....Memang kita secara asalnya memang suka pada duit...........

Apa Surat Kepada Santa????

Macam-macam le Danish ni..... Ni jumpa surat yang dia tulis pulak.....

"Dear Santa you good and give me prizen please Santa

I want Ben 10 Alian Force toy and books of Ben 10 games staf

Ok Santa

I love you Santa"

Hmmmm, macam-macam kan.... Ada gak tanya Danish mana dapat idea.. Biasalah dengan citer cartoon ni.... Memang bahaya ni budak2 terpengaruh dengan TV...

Sale Lagi Sogo

Semalam tengok post box ada le pamplet from Sogo.... Hmmmm nampaknya ada sale lagi..... From 18 Februari hingga 21 Februari (Khamis sampai Ahad).....

Sogo ni rasanya tiap2 bulan ada jualan murah.. Saja nak suruh habiskan duit kan...... Apa-apa pun sebagai pengguna beli jika perlu, bukannya sebab ada jualan murah kan...

Friday, February 19, 2010

Bank Rakyat Istihar Dividen 15%


Hari ini Bank Rakyat mengisytiharkan dividen sebanyak 15% kepada ahli mereka dan akan dibayar pada Isnin depan.... Keuntungannya adalah paling dalam sejarah penubuhannya semenjak 55 tahun dahulu... Itulah laporan daripada Berita Harian....

Untunglah kepada sesiapa yang menjadi ahli Bank Rakyat... Satu lagi boleh dikatakan dividendnya memang consistent iaitu at least 15% for the previous years....

Nuffnang Dapat RM2,684.40

Ni earnings from Sepet.... Bukan saya le.... Banyakkan... Ni posting beliau pada 5 Januari 2010... Setelah beliau bersama-sama nuffnang selama setahun 3 bulan...So secara purata sepet's income ialah lebih kurang RM180 sebulan... So not bad le...

So tak nak komen banyak-banyak mengenai sepet sebab onizuka dah citer...... Apa-apa pun boleh baca dan ambil apa-apa tips untuk berjaya.....

So siapa kata Nuffnang tak boleh buat duit????

Jom Harga Rata Tesco

Ni terima e-mail from Tesco... Sekarang ni diaorang tengah promosikan harga rata......Maknanya anda boleh beli barang-barang kat atas tu dengan harga rata le.... i.e. RM1 untuk mug atau sponge or RM5 untuk pillow atau hanger.....

Di samping itu juga mereka ada buat promosi untuk "mix and match" iaitu beli 2 atau lebih barang sekali..... contohnya.... 3 pack sausages pada harga RM5.88, kalau harga biasa ialah RM2.59.. Kalau harga biasa untuk tiga ialah RM7.77 so anda boleh jimat RM1.89 dengan package ni.....

Tak kisahlah sama ada harga rata ke "mix and match" ke... Itulah cara mereka promosikan barang mereka.. mereka gunakan "integrated marketing communication".... alah cara promosikan barang le...

So sebagai pengguna yang berhemah, first kita kena tanya perlu ke kita beli 2 atau 3 barang tersebut.... Kalau perlu memang kita akan mendapat faedahnya... Tapi kalau kita beli sebab murah pas tu tak guna... tak payahlah semata-mata untuk dapat penjimatan, akhirnya buang dalam tong sampah aja......