Pages

Sunday, January 31, 2010

Performance on Nuffnang: This Week

Just nak share mengenai pelawat yang datang ke this blog sepanjang seminggu....... Secara puratanya sebanyak 132 unique visitors sehari telah singgah kat sini...... In general, jumlah daily visitors were between 96 to 188........ Thanks to all the visitors.... Nanti jangan lupa datang lagi ya......

Quite tough nak maintain 100, kekadang perlu dua articles sehari.. Apa-apa pun, ada masa I will write something.....
Ni nak share mengenai keywords, boleh dikatakan diaorang ni mostly search on google and then from there, masuk le ke blog ini...... Tak sangka kan, ramai yang masih mensearch mengenai Dato Siti Nurhaliza, apa lagi kalau tak mengenai hadiah hari jadi walaupun ianya hampir 3 minggu berlalu.....

Tak ketinggalan yang berminat mengenai Sekolah Berprestasi Tinggi...... Ingatkan blog ni, orang search mengenai benda2 yang suka-suka aja kan.... Ada juga yang berinformasi....... The others keywords adalah mengenai artis yang edar dadah dan bercerai kerana facebook.....

Jom Sama-Sama Naikkan Trafik- Pengunjung

Hmmm, i am sure that semua orang yang ada blog nak ramai pengunjung ke blog anda kan... Banyak cara boleh kita lakukan antaranya ialah dengan berjalan atau berlari ke satu blog ke satu blog yang lain.... Tapi ianya kekadang memakan masa yang lama kan....

So sebab itu, saya telah sediakan directory untuk anda.... So apa kata pi kat blog saya, senarai blogz dan anda boleh letak ur link, then saya update.... So lepas tu anda bolehlah sekerap mana pi kat blog tu untuk lihat blog mana dah update then bolehlah berblogwalking......

Macam Mana Nak Didik Anak-Anak

Ada baca buku, "Anakku Hebat Anakku Soleh"... Quite interesting juga...... Di sini saya nak share mengenai teknik mendidik anak... Of course saya bukannya expert tapi bagi saya, kalau kita tahu sikit2 ilmu, baik juga disampaikan......
  1. Menunjukkan contoh teladan yang baik... Ini sangat penting, i.e. kalau kita nak anak2 bercakap baik-baik.... So kita kena mulakan... Jangan pulak kita sering meninggikan suara bila bercakap, then expect anak2 bercakap baik2.... So faham-faham le....

  2. Merangsang dan menakut-nakutkan... Merangsang ni macam kalau anak2 cemerlang dalam pelajaran ke, buat baik ke.. so bagilah hadiah atau puji...... Dengan itu, mereka akan berasa disayangi....

    Kalau buat silap pula... kenalah beri hukuman yang setimpa... Apa-apa pun kita kena pandai... Kalau buat silap sikit, i.e. tumpahkan air atas lantai takkan nak rotan sampai tak boleh berjalan.. so be smart dalam mendidik.... Tapi kadang2 ter juga kan.....

  3. Memberi nasihat....Ibu bapa hendaklah mendidik anak2 dengan kasih sayang dan menggunakan percakapan yang menunjukkan kasih sayang

Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah dapatkan buku ini di mana-mana kedai buku.... Oppss, saya bukan wakil daripada syarikat ini.......

Hati-Hati Guna Debit Card

Semalam pi makan kat Johnny's Restaurant....... Hmmmm pas tu biasalah pi bayarlah guna debit card....... so balik rumah check le maybank2u....... Aik.... Apasal pulak si Johnny ni charge dua kali pulak...... Hmmmm, ini tak boleh jadi ni.....

So terus call Maybank's customer service at 03-7844 3696..... So cakap ngan customer service then diaorang cakap akan dibayar balik (refund).... Kalau tak dapat dalam masa 16 hari, call customer service balik....

Memanglah apa-apa benda yang guna mesin ke, komputer ke subject tu kesilapan manusia.... Kalau guna cash pun kekadang terkurang or terlebih change... Anyway, apa yang penting tindakan kita.. Macam yang ni, sebagai customer, kena make sure setiap transaction, check dahulu ngan internet banking, pas tu kalau berbeza, call customer service dan jangan lupa ambil nama dia dan catit bila kita bercakap.. So senanglah nanti.....

Saturday, January 30, 2010

Ustaz Dicekup Separuh Bogel

Macam2 kan kisah....... itulah tajuk berita yang dilaporkan oleh Harian Metro..... Kisahnya seorang ustaz yang berumur 30-an ditangkap dalam keadaan separuh bogel..... Ustaz tersebut bersama dengan seorang pelajar berumur 16 tahun di dalam sebuah kereta...

Mereka sebelum ini menonton video lucah menggunakan laptop.....

Namanya manusia kan, tak kisahlah sama ada ayah ke, abang ke, saudara ke, cikgu ke... sesiapa aja, kita kena berhati-hati..... Zaman sekarang ni terlalu advance dan terdedah dengan bermacam2 teknologi.... So siapa yang malu....??? Mereka dan keluarga mereka......

Banyaknya RM5 Billion Setahun- PTPTN

Mengikut Berita Harian, itulah jumlah yang diperlukan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) setiap tahun bagi membolehkan pelajar-pelajar melanjutkan penggajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT)....

Yang penting bagi mereka yang mengambil pinjaman from PTPTN, mereka perlu membayar balik bila tiba masanya bagi memudahkan orang selepas kita melanjutkan pelajaran pula.... Janganlah lepas dapat kerja buat lupa aja......

Satu lagi, ibu-bapa yang mempunyai anak2 kecil bolehlah merancang from now bagi meringankan beban bila anak sudah menjelang dewasa kelak... Yalah kalau yang mampu, elakkan pinjam dengan PTPTN... Kalau kurang kemampuan, ambillah pinjaman tersebut...

Jom Naikkan Trafik ke Blog Anda

Just to share that this week, saya baru tubuhkan satu blog untuk kita sama-sama letak link dan untuk promo our blogs........

So kalau anda nak pi blogwalking, just singgah di Senarai Blogz, kat situ anda bolehlah jalan-jalan untuk melawat blogs orang lain.. So tak payah le susah2 nak pi jalan jauh jauh.....

Diharap dengan adanya blog baru ini, ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua..... So apa lagi.... Jangan malu-malu... Nanti saya akan updatekan your link....

Mengapa Orang Suka Berhutang????

Mengapa orang suka berhutang????? Hmmmm, patutkah perkataannya "suka" atau mengapa orang berhutang aja..... Apa-apa pun, sama ada orang suka berhutang ke memang kena berhutang ke, hakikatnya, kita pinjam duit orang dan hendaklah dibayar balik suatu hari nanti......

Hmmm, hutang ni ada baik dan buruk..... So saya letaklah kat sini untuk tatapan anda... Memang listnya banyak so letak sikit2 sudahlah.. Nanti anda tambah ya......

Kebaikan
  1. Dah tak ada duit kenalah berhutang, habis tu nak makan apa???? Ini untuk golongan yang memang tak mampu, untuk teruskan kehidupan... Anda jangan terkejut, memang ada orang di dalam golongan ini.....

  2. Tak semua benda kita mampu beli dengan cash.. Contohnya, boleh ke kita beli kereta atau rumah dengaan tunai??? Hmmm, kalau ada pun memang tak ramai... So kalau nak beli benda alah ni, make sure ianya sejajar dengan kemampuan kita.......Faham-faham ajalah...

  3. Tolong bank le.... Kalau semua orang tak berhutang, so tak adalah business le bank, macam mana diaorang nak bayar gaji kat staff, macam mana nak kembangkan ekonomi..... Apa-apa pun, kalau kita nak tolong bank pun berpada2 juga, yang penting utamakan diri kita dulu....

Keburukan
  1. Hmmm, ada juga orang memang suka aja berhutang tapi tak nak bayar pulak.. Yang ni memang parah, macam jadi satu hobi pulak... So janganlah kita menyusahkan orang... Bagi yang pemberi hutang tu, kalau orang tak boleh bayar lagi (betul2 tak boleh), bagilah sedikit masa lagi....

  2. Membuatkan kita berbelanja lebih-lebihan, boros le tu.... Yalah tak terasa pulak yang duit yang kita guna tu adalah duit hutang so, belasah aja.... Pas tu pulak nak bayar hutang si A, pi pulak hutang dengan B... Macam2 kan...

  3. Hmmmm, kalau berhutang tu membebankan pembayar especially dengan sistem bunga / faedah.. Yalah, pinjam RM50 pas tu kena bayar pulak RM55, contohnya... Takkan menyusah namanya.....

Apa-apa pun, seboleh-bolehnya elakkan diri daripada berhutang, kalau tak boleh nak elakkan, berhutanglah secara berhemah, i.e. hutang untuk benda2 yang perlu aja.. Janganlah berhutang semata-mata nak beli something yang tak sepatutnya kita beli pas tu nak menunjuk-nunjuk pula pada orang lain...

Celcom Broadband.... Free Modem????

Celcom sedang menjalankan promosi broadband dan ianya datang dengan modem secara percuma......

So sign-up sekarang kerana promosi tersebut adalah bagi tempoh 11 Januari hingga 31 Mac 2010..... Anda boleh pilih mana-mana pakej.. Dan kalau tak berpuas hati, jangan risau ianya boleh dikembalikan di dalam masa 7 hari dari tempoh anda beli....

Untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah melayari laman web celcom..... apa-apa pun baca dengan teliti sebelum anda membuat sebarang keputusan....

Friday, January 29, 2010

Geng-Geng Top: Geng Blogger

Pernah tak anda dengar mengenai Gengblogger.... Hmmm, rasanya most of the people tahu mengenai laman web ni yang mana anda boleh mempromosikan blog anda.. Cukup senang, bila anda dah daftar, then bila ada post baru, anda just masuk websitenya dan tekan "ping" aja....

Bagus untuk meningkatkan trafik blog anda di samping itu, anda boleh pi kat sana untuk blogwalking.. So tak payah menjelajah dari satu blog ke satu blog yang lain......

Apa yang nak saya citer, he he he...... Tak sampai 2 bulan saya bersama Gengblogger ni....Hmmm kiranya saya termasuk di dalam kumpulan top 10 blogger yang sering mengeposkan entri ke gengblogger.. Semuanya 106 blog entri.....

Jangan pulak terkejut sebab saya ada 2 blogs so tak le banyak sangat... Kalau satu blog tak ler sampai 60...... Satu blog lagi ialah "something is special".....

Dapat 1st Class Tapi Tak Boleh Buat Kerja

Hmmmmm ini satu masalah yang menimpa graduan yang mana bila kat universiti dapat score tak kiralah 1st Class ke Second Upper ke, tapi bila waktu kerja tak boleh buat kerja.... Apasal ni???

Hmmmm, maybe bila kat uni, jdi ulat buku dan tak bergaul dengan orang lain... Asyik mengadap buku aja.. Anyway tak salah kan, tapi bergaul2 le ngan orang di sekeliling... Sebab from there le kita boleh belajar mengenai cara komunikasi, leadership, menyelesaikan masalah dan macam2 lagi......

So apa yang saya nak cakap kat siniialah IQ (kepandaian) tidak mencukupi, kena tambah dengaan EQ (emosi) dan macam2 lagi..... So bagi yang nak memasuki alam pekerjaan, tambah2 kan le soft skills tu bagi meningkatkan kebolehjualan diri anda di pasaran........

Dah Settle Cancel Credit Card


Guess what??? The cancellation of one of my 2 credit cards had been approved and bank tersebut telah menghantar surat pengesahan so tak ada masalah le.... Satu kad lagi pegang le untuk kecemasan.. Satu lagi before the anniversary date of the card, nak call diaorang nak tanya sebab boleh gunakan points yang sedia ada untuk net-off kan service charge of RM50......

So apa lagi, kalau rasa tak perlu kad kredit yang sedia ada, cancel aja.. Kan nak sokong government effort untuk jadi smart spender... Yalah perbelanjaan secara berhemat....

Thursday, January 28, 2010

Jom Pi India....


Hmmmmm, bermula Mei nanti, Airasia akan menerbangkan anda ke India dengan harga serendah RM199 sehala... Memang murah kan...... Anyway harga ni bermula, jangan silap faham..... kalau nasib baik dapat le...

Anyway kalau anda tak dapat harga RM199 pun, ianya still murah dari pesawat lain.. Faham2 le airline mana.......

Bagi customer, ini sangat bagus sebab dengan adanya competition akan membuatkan harga lebih murah dan lebih ramai yang mampu terbang..........

Apa Artis Edar Ganja???


Nak cepat kaya dan hidup mewah kan.. Tak kisah le artis ke sesiapa ke, jangan cari jalan mudah untuk hidup senang.... Begitulah kisah di Harian Metro hari ini.... Anyway sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah kan...

Sama-samalah kita ambil iktibar atas apa yang berlaku.... Yang penting ingat satu aja, tak ada jalan mudah untuk kita capai sesuatu....

Bagus..... Afiqah Moves to Level 3

Hmmm, tadi jumpa principal Afiqah, pas tu dia tanya sebelum ni Afiqah belajar kat mana masa 5 tahun.. So cakaplah kat KEMAS........

Then, dia cakap, Afiqah in term of reading boleh tahan, so dia cakap why don't we move her to level 3..... Oklah, yang mana bagus buat ajalah......Janji nak yang terbaik.. kalau tak dapat yang terbaik, lebih baik from sekarang pun dah ok.......

Maybe next week, Afiqah akan mula menggunakan buku2 English tahap yang ke 3..... Tak sure pulak berapa tahap semuanya...

Anyway, yang penting nak tanamkan minat Afiqah untuk membaca dan mempelajari English... Of course Bahasa Malaysia pun penting........ Anyway, kalau abangnya, Danish memang suka tengok citer cartoon dalam English, Afiqah ni kurang sikit, maybe dia suka lebih membaca....

Hari Tak Berbelanja.. Boleh Ke?????


Hmmm, agak-agaknya boleh ke satu hari kita tak berbelanja langsung..... Tujuannya ialah untuk mengelakkan kita berbelanja.. maybe satu hari setiap bulan kita tak belanja langsung...... Bawalah bekal ke office ataupun kat universiti anda......

Ini juga untuk menanam sikap untuk berjimat cermat dan mengalakkan kita untuk menyimpan... Kalau tak boleh juga, apa kata kalau tiap2 weekend anda selalu keluar tengok movie ke, makan2 ke... lepak2 ke.... ambil satu weekend dalam sebulan dok aja kat hostel or kat rumah tengok tv pas tu bacalah apa-apa yang patut.......

Wednesday, January 27, 2010

Avatar Melepasi Kutipan Titanic (New Box Office Record)

Tak sangka kan filem Avatar ni telah memecah rekod Titanic sebelum ini yang mana mendapat kutipan tertinggi di dalam sejarah.....

So secara keseluruhan Avatar mencatat USD1.859 billion dan Titanic USD1.843. Hmmm memandangkan filem Avatar masih ditayangkan rasa2nya tak ada masalah untuk mencatat maybe above USD2.0 billion.....

Saya belum tengok lagi citer ni... Apa kata yang telah tengok tu share le sikit macam mana cerita tu......

Untuk baca lebih lanjut sila layari this website.....

Yang Mana Satu Ni.. Buffered Earnings or Metered Earnings???

Hmmm, buffered earnings ada 6 lagi..... So far earnings yang masih berjalan ranging from RM0.66 iaitu from LG Chocholate dan RM6.37 from CIMB......... Most of the ads kat tepi sebelah kanan blogs.....

Yang metered earnings (iaitu buffered yang mana iklannya sudah tamat), so far 22 kesemuanya..... Earnings from these ads were ranging from RM0.14 iaitu daripada Jaya One dan RM12.46 from Samsung Corby...... Tak apalah tak dapat telefon samsung, dapat iklan pun cukuplah.....

Macam Mana Nak Dapat Buffered Earnings?????
  1. Jumlah pengunjung tak ditetapkan, i.e. kalau pengunjung kurang daripada 50 ke jangan risau.....

  2. Syarikat yang ingin mengiklankan product / service mereka mengambil kira faktor-faktor seperti demographics (umur, jantina, education and so on) of the visitors to your blog.... kedudukan iklan tu, anda letak kat atas ke, tepi ke bawah ke...... dan sama ada ruang untuk iklan tu telah digunapakai ke tak

  3. Membership exclusivity pun penting juga.. i.e. iklan akan diutamakan kepada Glitterati jika dibandingkan dengan ordinary membership... Yalah bagi menghargai loyalty of blogger.. Maknanya kalau anda letak iklan from syarikat lain selain from Nuffnang (i.e. syarikat iklan di rantau ni le... kalau iklan from US ok kot...) secara automatik anda akan jadi ordinary membership...

  4. Satu lagi selama mana anda dengan Nuffnang juga diambil kira.... Yalah, susah le sikit kalau anda masih baru dengan Nuffnang.... Rasanya nearly 3 months is a good start to expect the buffered earnings.....

Kahwin Awal OK Ke?????

Anda rasa umur berapa sepatutnya anda kahwin??? Kalau yang dah kahwin tu maybe boleh share bila anda berkahwin......

Sesetengah orang cakap, apalah umur awal 20-an pun dah nak kahwin, rugilah sebab anda tak habis enjoy lagi...... Kan rugi bila kahwin nanti.... Ada juga orang cakap, kahwin le awal2, kalau dah seru datang buat apa nak tunggu-tunggu....

Apa-apa pun sebelum kahwin, kenalah ada pasangan... Yalah habis tu nak kahwin dengan siapa kalau tak ada pilihan....... Pas tu pulak, persediaan mesti cukup, tak kisahlah dari segi ilmu, duit dan macam2 lagi........

Berapa Banyak Duit Dalam Poket????

Pernah tak anda terfikir.. Berapa banyak kah duit sepatutnya berada di dalam purse or wallet anda???? Saja saya tanya soalan ni.....

Ada yang merasakan cukuplah RM50 or RM20 di dalam poket........ Satu lagi berapa kerap anda pi ATM untuk isi semula duit di dalam poket anda?????? Saya berpendapat, apa kata kalau anda pi ATM maybe setiap satu minggu pas tu make sure duit tu cukup bagi anda berbelanja selama satu minggu... Contohnya, ambil RM100 then cuba jangan sekali-kali tambah lagi di dalam masa satu minggu......

Cuba dahulu.... kalau tak anda sering aja cari alasan yang mengatakan duit tak cukup so pi le kat ATM.... Anyway kalau perbelanjaan anda RM300 seminggu so ambil le RM300... Apa yang penting ambil amaun yang sama setiap minggu.......

Tuesday, January 26, 2010

Rugi RM250,000.. Apasal Ni?????


Petang2 ni, just nak santai dan nak share citer mengenai seorang suri rumah yang kerugiaan RM250,00 akibat ditipu... Begitulah cerita yang dilaporkan di dalam Kosmo......

Secara ringkasnya, beliau ditipu oleh suspek yang cakap keluarganya didatangi oleh roh jahat dan bencana akan menimpa beliau dan keluarga dalam masa 3 hari... So suspek telah memberikan beliau telah diberi bungkusan hitam yang mana mengandungi dua biji buah oren, dua bungkus mi segera, sebungkus roti, sebotol air mineral dan dua bungkus garam.

Apa yang penting, kita ambil iktibar atas apa yang berlaku... Macam2 teknik yang digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawap bagi mendapatkan wang secara mudah.......

Unique Visitors Lebih 1,000.. Nak Tahu Rahsia???

Tak percaya????? Ini adalah yang terjadi pada Onizuka..... Biasanya hits kat blog beliau adalah 400++ tetapi terus naik melebihi 2,600 pada 22 Januari 2010 dan dua hari selepas itu maintain lebih 1,000 visitors.......

Nak tahu apa rahsianya... satu entri yang ditulis oleh beliau telah komen dan dilink di blog yang terkenal iaitu.......... guess which blog?????? Siapa lagi kalau tak abang beautifulnara, blog yang memperkatakan mengenai artis / hiburan sensasi / terkini.....

Hmmmmm, tak ada ke blog2 yang terkenal nak tulis or komen mengenai article yang saya tulis.... He he he....

Nak Jimat Penggunaan Air????

Ni just nak share sikit2 mengenai macam mana kita boleh elakkan pembaziran... Yang ni focus on air aja........rule of thumb is kita buka paip air tu bila kita nak guna dan tutup lepas guna.... Tapi itu yang paling susah kita nak buat kan....

Hmmm, bila nak gosok gigi for example, air tu dibiarkan mengalir.... So kalau air dah mengalir, meter tu berjalan le.... Sama juga kalau kita nak basuh tangan... tengah2 nak basuh tangan tu sempat bercakap2 dan berbual2.... tangan kat luar sinki...... Satu lagi, bila kita flush air kat toilet tu pastikan benda alah tu tertutup rapat kalau tak terus mengalir...... So tekan atau flush betul2.....

Apa-apa pun, sama2 le kita ingat mengingati sesama kita kan.... Kan sharing is power.......

Jom Assam Laksa Jusco MidValley

Masa weekend lepas pi Midvalley, bawa keluarga jalan2.. Then pi le try Assam Laksa kat dalam Jusco tingkat 2.. For me, sedap gak...... especially kuahnya yang pekat dan ikan banyak juga.... Pas tu letak nenas... Tapi kalau yang tak suka pedas.. Hmmmmm, susah le sikit.....

By the way, kat sini ada jual, benda lain macam pulut kuning.. apa lagi ya... hmmmm tak ingat pula.. anyway harga lebih kurang RM9.00 - RM12.00 satu set termasuk ngan air....

Afiqah, memang tak nak, maybe kenyang makan fast food. Just bergambar untuk this blog aja... He he he....

Danish macam biasalah kalau tak KFC, then MCD.. Biasalah ada toy jadi daya penarik.. Tapi Danish memang suka ngan nuggetnya....

Monday, January 25, 2010

20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Adakah anda tahu apakah 20 sekolah yang berprestasi tinggi di Malaysia???? Mengikut Berita Harian sekolah2 tersebut adalah 10 berasrama penuh, 4 sekolah menengah harian dan 6 sekolah rendah.......

Mengikut Utusan Malaysia, di SBT, sekolah tersebut diberi kuasa autonomi untuk membuat inovasi i.e. pelajar boleh lompat kelas dan menamatkan persekolahan setahun lebih awal....

SBT adalah salah satu initiatif Kerajaan yang diumumkan semasa Bajet 2010 iaitu:

"Prinsip asas SBT akan menumpukan kepada kecemerlangan akademik dan pencapaian keseluruhan pelajar termasuk disiplin dan kebersihan, aktiviti kokurikulum dan penguasaan bidang keutamaan sekolah. Kerajaan mensasarkan 20 buah sekolah diberi pengiktirafan SBT pada tahun 2010 dengan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta."

Sekolah2 tersebut adalah seperti berikut:

Sekolah berasrama penuh:
1. Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru
2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak
4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
6. Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka

Sekolah menengah harian:
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang

Sekolah rendah:
1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur
2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru

So macam mana sekolah anda dahulu...... Adakah ianya tersenarai.... Anyway sekolah berprestasi tinggi ni adalah sekolah yang dijadikan contoh dari segi kecemerlangan bagi sekolah2 lain....

Siapa Nak RM88,888

Hmmm, apa kata bosan2 pi le masuk contest ni........ manalah tahu kot2 dapat le hadiah utama berjumlah RM88,888 worth of gold bar........ Ataupun dapat cash sebanyak RM888......

Caranya senang aja beli mister potato pas tu guess berat mister potato, ngan 4 orang lagi kat atas tu dan 100 biji kentang tu..... He he he.. Kalau saya memang tak reti nak guess ni......

Anyway tarikh tutup contest ni ialah 31 March 2010...... nak tahu lebih lanjut sila layari website mister potato.....

Big Sale, Berbaloi Ke?????

Hmmm, bila aja hujung tahun ke, nak raya ke, sring ada jualan murah kan.... Hmmm satu tempat lagi kalau anda perasan, kat Sogo, KL, boleh dikatakan tiap2 minggu pun ada "big sale".... Tak tahu sama ada betul ke tak... I mean berbaloi ke tak...

Kadang2 kita rasa tertipu pulak sebagai pelanggan... Kat iklan tertera diskaun 70% tapi harganya tak beza sangat.. Contohnya harga biasa ialah RM40.. Tapi bila sale, dia naikkan harga sebanyak RM100 then bila 70% diskaun, jadilah harga baru RM30...... Anyway RM30 lebih murah daripada RM40 kan....????? Hmm, tak semua tempat buat macam tu......

Satu lagi bila ada sale.... i.e. pakaian yang last season dikeluarkan kembali.... kalau hari biasa pakaian tu tak ada pulak.......

Ada juga kebaikan sale ni, i.e. dapat menjimatkan wang, yalah some people cakap value for money especially pakaian kanak2.. memang mahal sangat kalau waktu biasa.......

Sebagai pengguna kita perlulah peka... Jangan main beli aja.... Tengok adakah benda yang kita nak beli tu adalah satu keperluan atau semata-mata untuk memenuhi nafsu kita...... Yang penting berbelanjalah dengan berhemah....

Jom Jalan-Jalan Tesco

Hmmm, semalam pi Tesco, biasalah dah jadi rutin.. Tapi dulu kalau pi hari Sabtu, sekarang ni hari Ahad, tak sangka pi awal2 pagi kul 8.00++ pun ramai sangat...... especially bahagian basah.. alah yang nak beli ikan, ayam, udang dan sebagainya....

Maklumlah semua elak daripada pi hari Sabtu, yalah kan hari tanpa plastik.....

So macam biasa, Danish dan Afiqah mesti dok dalam trolley then apa lagi kitaorang tolak le... Kalau jalan sendiri kan susah nak kawal..... Pas tu beli makanan sikit sementara pi makan breakfast..... Anyway seronok bawa budak2 pi Tesco ni, siapa kata pi hypermarket tak boleh happy2.....

Sunday, January 24, 2010

Mak Datuk Terkejut.......

Terkejut betul tadi..... Guess what, tengah2 baca komen kat my blog then at the same time pi le masuk blog orang yang visited my blog....... At the same time, banyaknya at the same time........ Main chess online.....

He he he, surprise... Tiba2 waktu tengah berfikir dalam keadaan tenang, tiada gangguan, then bunyi muzik kuat pulak.. alamak ni mesti dalam blog yang aku lawat ni.. Memang terkejut le...... nasib baik tak pengsan......

Tapi kan.... dah masuk waktu tengah menulis ni, rasa macam tenang pulak lagu ni... dah 3 ke 4 kali dengar lagu yang sama.........

Mengapa Anda Suka Guna Facebook?????

Lately memang ramai sangat orang guna facebook..... Hmmmmm ialah salah satu daripada way untuk bersosial networking......

Memang, boleh berkongsi maklumat, gambar.... Pas tu senang nak sampaikan apa-apa, cepat dan pantas....

Apa-apa pun gunalah facebook atau mana-mana social networking tool dengan bijaksana... Yalah ada kebaikan dan keburukan...... Yang penting sendiri mau ingat le....

Tak Dapat Kerja.. Jom Join Fstep

So apa kata kalau yang dah grad taapi tak dapat kerja lagi, sama-sama apply untuk join Fstep.... Apa itu Fstep??????? Ianya adalah Financial Sector Talent Enrichment Programme (FSTEP).... Ianya adalah bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia.....

Objektif FSTEP adalah untuk melahirkan 1,000 professional di dalam industri kewangan untuk menghadapi ketidakcukupan talent di dalam industri ini.....

Kelayakan

Anda hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 30 tahun ke bawah, mempunyai kebolehan di dalam bahasa Inggeris dan yang penting CGPA anda adalah 3.25 ke atas......

Imbuhan

Setelah anda diterima masuk, anda akan menerima elaun sebanyak RM2,200 sebulan, perlindungan insurans dan kesihatan yang asas dan pendedahan dan training di dalam industri kewangan........

Tempohnya adalah 11 bulan meliputi 6 bulan latihan di dalam kelas dan 5 bulan intership dengan institusi kewangan......

Apa lagi mohonlah sekarang, tarikh tutup adalah sebelum 10 Februari 2010...... Untuk maklumat lanjut anda boleh dapati di nombor telefon 03-20314954 or fax at 03-20314766 ataupun e-mail di enquiry@fstep.org.my atau lawati di websiti www.fstep.org.my

Saturday, January 23, 2010

Laman Web Cari Jodoh.... Jom.....

Hmmm, tak sangka kan kat China ni ada laman web untuk cari jodoh......Yurannya tak mahal cuma 100 yuan aja or RM50 setahun......

So memang tak susah le, bila anda daftar kat website tu bolehlah cari mana-mana yang berkenan.....

Rasa-rasanya kalau kat Malaysia ada laman web macam ni, ok ke?????? Hmmm ada pros and cons..... Yalah takut ada kes jenayah ke, kes rogol ke.... macam2 kes yang tak diingini... tapi at the same time, mungkin ini cara yang terbaik yang mana mereka yang pemalu untuk berkenalan.... Apa pandangan anda????

Kesan Letak Anak di Pusat Jagaan.....

Kat sini saya nak share mengenai kesan ke atas anak2 apabila mereka diletak di pusat jagaan.....
  1. Kemungkinan anak-anak anda tidak dapat mengecapi sepenuhnya kasih sayang daripada ibu bapa.. Maklumlah seharian dok kat sana.. Walau bagaimanapun, untuk suami isteri yang bekerja nak buat macam mana kan...... Ada baik dan buruknya.......

  2. Tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya..... Hmmm, yang ni mungkin ada kebenarannya tapi ada juga kes walaupun letak kat pusat jagaan masih dapat jugaa kasih sayang.. So ibu bapa kenalah pandai membahagikan masa demi kepentingan keluarga....

  3. Mudah dijangkiti penyakit... Hmm maklumlah kat sana kan ramai budak2 lain.. So kalau seorang tu demam ke batuk ke, kemungkinan besar anak2 anda juga akan mengalami perkara yang sama...

Apa-apa pun, ada pros and cons, so pandai-pandailah... Apa yang penting kita dapat membahagikan masa..

Betul Ke Orang Malaysia Suka Simpan Duit????

Betul ke orang Malaysia ni suka simpan duit terutamanya untuk kecemasan???? Itulah keputusan daripada survey yang dijalankan oleh MasterCard walaupun ekonomi Malaysia bertambah pulih dan rakyat Malaysia semakin optimistik mengenainya....

Mengikut kaji selidik tersebut, lebih kurang 85% daripada responden, mengekalkan atau menambah simpanan mereka bagi menghadapi / persediaan untuk perbelanjaan kecemasan yang tidak diduga....

32% daripada rakyat Malaysia, berhasrat untuk menyimpan between 1% hingga 10% daripada pendapatan mereka bagi tempoh 6 bulan akan datang dan mereka akan gunakan simpanan tersebut bagi tujuan persaraan (59%), pelaburan (38%) dan pengubahsuaian hartanah (rumah ke, kondo ke, apa2 le sebanyak 29%)...

Apa-apa pun, simpan untuk kecemasan atau apa-apa tujuan adalah sangat bagus kerana ianya dapat mengelakkan kita berhutang di masa akan datang ataupun tidak menyusahkan orang lain.....

Friday, January 22, 2010

Syarikat Guna Artis Untuk Lariskan Jualan


Memang syarikat-syarikat banyak menggunakan artis untuk melariskan produk mereka...... terbaru ialah Garnier menggunakan pelakon, Fahrin sebagai duta produk mereka.....

Entahlah bagi lelaki di luar sana, sama ada mereka akan beli ke tak produk tersebut... I am not that sure.... Rasanya tak kot.... Sorry ladies kat luar, rasanya pompuan lagi tertarik apabila syarikat kosmetik menggunakan wanita jelita untuk membuatkan mereka membeli produk tersebut tapi bagi lelaki rasanya kemungkinan besar tak tertarik.....

Memang situasi ini kerap berlaku di mana-mana negara yang sering menggunakan wanita-wanita cantik untuk membuatkan anda tertarik dengan produk mereka...... Cuba tanya artis2 tersebut, benar2 ke mereka menggunakan produk tersebut atau sekadar untuk menambahkan pendapatkan mereka....

Pemimpin or Dipimpin??????

I am sure that semua orang tahu apa itu pemimpin.. Tapi adakah kita tahu apakah ciri-ciri pemimpin........

Sebelum saya pi kat ciri-ciri apa kata kalau cakap yang pemimpin ialah seseorang yang boleh mempengaruhi orang lain...... Anyway nak tak nak memang kita semua adalah pemimpin at least pada diri sendiri........

Untuk jadi pemimpin kita kena ada benda alah ni....
  1. Seseorang itu kenalah cekap (competent).. Tak kisah le tahu menjalankan sesuatu pekerjaan ke, tahu mengenai teknikal ke.... apa-apa mesti cekap... Kalau tak cekap macam mana nak pimpin orang kan....

  2. Berpewatakan / Keperibadiaan (Character)... Ni penting juga contohnya seorang yang jujur / amanah, rajin, bersikap adil dan lain2 lagi..

So sama-samalah kita cuba jadi pemimpin yang baik dan disegani...... Hmmm, apa yang penting kerjasama... Yalah kalau tiada yang hendak dipimpin macam mana nak jadi pemimpin....at least diri kita kan...

Apasal Nama Afiqah Bukan Danisha

Hari tu Afiqah tanya apasal nama Afiqah bukan Danisha???? Alamak.... Hmmm ni sebab kat sekolah dia ada nama Danisha dan Afiqah suka berkawan dengan Danisha.....

Hmmm susah juga nak jawap, cuma he he he cakap nama Danisha dan habis ada orang dah guna.... Then Afiqah jawap, Daddy ni tak tahu ABC ke, A dulu baru D... Kan Danish first, then Afiqah....

Actually nama Afiqah bermaksud lebih berpengetahuan whereas Danisha tu bermakna berpengetahuan.....

Hmmm, Danish sempoi aja.. Tak tanya pulak pasal nama dia.. Then cakap kat Danish.. since Danish anak pertama, tukar le nama Danish kepada Aiman so bolehlah satisfy Afiqah.... A sama A....

Anyway nama Danish bermaksud berpengetahuan.........

Memang kelakar kan anak2 ni... Hmmmm nanti kalau yang nak dapat anak tu, bila nak beri nama, susunan abjad kena juga diambil kira..........

Thursday, January 21, 2010

Berwaspada dengan Agen.....

Mengikut Harian Metro edisi online, orang ramai perlu berhati-hati dengan agen yang mengaku bahawa mereka adalah wakil daripada Agrobank untuk menguruskan pinjaman........

Yang peliknya, ada pelanggan yang claimed that mereka dikehendaki untuk membayar sehingga RM250 untuk borang permohonan dan yuran pemprosesan....

Apa yang kita boleh ambil daripada kejadian ini ialah, tak kisahlah untuk bank ke, pohon pengeluaran KWSP ke, atau apa-apa benda..... Check dahulu dengan syarikat / bank / organisasi tersebut mengenai procedure..... Jangan mudah tertipu dengan orang macam ni.. Mereka hanya ingin mengambil kesempatan.....

Thanks to All My Followers: 200

Setelah 3 bulan lebih berblogging, sekarang ni pengikut sudah mencapai 200 orang..... Terima kasih diucapkan kepada semua followers dan pengunjung..... I really hope that you will continue to support my interest..........

My 200th follower is flytothesky...... Mengikut biodata di blogger, beliau (a lady) mula berjinak2 dengan dunia blog pada bulan Januari 2009, iaitu setahun yang lepas dan sekarang ini adalah pelajar di Skudai, Johor.. So saya rasa di UTM......

Beliau describe herself sebagai

"insan yang masih mencari dan terus mencari..ingin terbang tinggi ke awan...mencari sinar yang pasti datang...mengejar mimpi menjadi kenyataan."

Hmmmm, macam citer awan dania pulak ya....

Apa-apa pun, guys please come again and put a comment in my blog for future improvement......

Macam Mana Nak Dapatkan Kepercayaan???

Just nak share apa yang kita boleh lakukan untuk mendapat kepercayaan orang lain.......
  1. Selalu bercakap benar.... Yalah elakkan cakap bohong... Kalau kita telling the truth orang akan percaya kita tapi once kita cakap putar belit, susah le.....

  2. Tunaikan janji... Ini sangat penting..... seboleh-bolehnya elakkan untuk membuat janji, tapi once kita dah promise kat orang so kenalah ditunaikan...... Tak kisahlah kita berjanji dengan sesiapa pun, orang dewasa mahupun kanak-kanak....

  3. Bersikap adil..... Hmmm, ini pun sangat penting... kita kena treat people dengan sama rata.. i.e. kalau ada staff or orang bawah kita tu, jangan bersikap berat sebelah nanti orang tak suka..... kalau tak suka macam mana diaorang nak percaya pada kita kan....

  4. Tunjukkan kepandaian kita... Yalah kalau kita macam tak tahu aja nak buat something, macam mana orang nak beri kepercayaan pada kita... So skill ataupun kemahiran tu sangat penting....
I am sure banyak lagi... So jom kongsi.... Sharing is power.....

Thanks Danish



Thank you so much our son, Danish... Tak sangka rajin juga Danish ni buat cards for ourselves...

Mummy

"My Mummy is good. My Mummy is pretty / cantik. My Mummy is good cooking. I love my mother."

Hmmmm, siap translate pulak perkataan pretty tu.... Macam-macam kan... I think baguslah kalau anak2 dapat express their feeling through tulisan atau lukisan...... Sometimes, diaorang tak cakap kan......



Daddy

"My Dad is handsome. My Dad is know how to learn everything. My Dad is good. I love my Dad."

Hmmm, memang kelakar kan, siap cakap boleh learn everything pulak... Apa-apa pun, praise him for such a wonderful work.......

Wednesday, January 20, 2010

Dah Cancel Kad Kredit

Tadi baru aja call customer service of satu bank ni.... So officially, dah cancel satu kad kredit... so ada satu lagi my credit card.... Rasanya satu cukuplah, just in case kan.......

Senang aja procedure, masa call dia tanya beberapa soalan just for verification... then cakap intention nak cancel..... so dia checked cakap no balance, then diaorang block dan suruh destroy the card... senang kan...

So tak payah le tulis surat ke or pi kat bank tu..... Hmmmm, anyway I requested for the release letter to confirm that the card had been terminated.......

Cik Epal: Apasal Ramai Visitors????

Tahukah anda, blog cik epal ni memang famous sangat..... Tetiap2 hari average visitors lebih kurang 1,500.. Banyak bukan... Aku pun tak tahu sebab apa ramai sangat yang berminat dengan tulisan beliau......

Survey punya survey, terjumpa le satu tulisan daripada Onizuka, beliau berpendapat bahawa antaranya ialah:
  1. Cik Epal sangat outspoken

  2. Gaya penulisan yang simple dan mudah difahami

  3. Cik Epal rajin blogwalking.....
Memang nak dapat jumlah visitors lebih 1,000 sehari memang susah... Actually frankly speaking nak capai 100 pun aku rasa amat sukar... Kena cari bahan2 yang dapat menarik orang ke blog dan bukan setakat tu kena retain diaorang...... Memang tugas yang amat mencabar.....

Bagi aku the main reason mengapa blog cikepal ramai pengunjung kerana tulisan beliau sangat menarik minat pembaca dengan bahan2 yang kontrovesi dan penggunaan perkataan2 yang menarik perhatian (tak payah le mention apa perkataan2nya.. faham2 ajalah) dan of course banyak letak gambar2 artis.... Ni salah satu cara untuk menarik perhatian kan...

Apa pandangan anda????